Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 29, 2019 @ 12:30am

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Pelakon dan juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malayisa (FINAS) yang dilantik April lalu, Datuk Hans Isaac mengakui tidak ‘terasa’ dengan kritikan yang dilemparkan terhadapnya berikutan isu mekap dan memperjuangkan hak pelakon veteran.

Ada sesetengah pihak berkata isu yang dibangkitkannya itu remeh sedangkan begitu banyak lagi isu-isu penting yang harus diselesaikan seperti hak cipta, dana perfileman, dan kadar bayaran drama atau filem dari penerbit. 

Menurut Hans atau nama penuhnya Gerald Hans Isaac (48), dia kini lebih fokus dalam usaha memperbaiki masalah dalaman yang dialami oleh penggiat industri perfileman. 

“Isu yang besar memakan masa untuk diselesaikan. Kadang-kadang berbulan-bulan, ada yang makan masa bertahun.

“Jadi kami mengambil inisiatif untuk menyelesaikan perkara-perkara seperti isu mekap dan pelakon veteran kerana ini ‘quick win‘ apabila boleh diselesaikan dengan cepat. Anda mesti memberi kepercayaan kepada pihak pengurusan Finas untuk buat yang terbaik bagi semua pihak,” kata Hans kepada Xtra. 

Pada 20 November lalu, Hans mengumumkan mulai Januari 2020, semua stesen penyiaran tidak akan membenarkan pelakon muda disolek untuk kelihatan tua dalam drama mahupun telefilem terbitan mereka.

Ini adalah untuk memelihara hak dan kebajikan artis-artis veteran sambil memberi peluang kepada mereka untuk kembali mewarnai dunia seni lakonan tanahair. 

“Terpulang kepada setiap stesen penyiaran untuk menggunakan pelakon-pelakon veteran. Finas bukan minta banyak pun..sekurang-kurangnya peruntukkan peratus kecil untuk fokus kepada pelakon veteran. Kami nak tahu data berapa ramai veteran yang bekerja, jadi bila ada program yang melibatkan mereka, pihak Finas tahu mereka di mana dan kesusahan yang mereka hadapi supaya kami boleh bantu.

“Kami tak boleh paksa stesen penyiaran untuk ikut syarat kami tapi kami cuma mohon bantuan atas dasar persahabatan antara stesen-stesen TV dan Finas yang boleh dikatakan akrab sekarang. Kami siap ada ‘whatsapp’ group supaya kami dapat berbincang secara terus dan tulus,” kata Hans lagi.

Menjawab soalan wartawan tentang pemilihan pelakon-pelakon yang popular di media sosial tetapi kurang berbakat, Hans meminta masyarakat untuk memahami dilema yang dihadapi oleh stesen penyiaran.

“Semua orang tahu, stesen penyiaran akan menjual program yang dianggap popular untuk slot komersial atau tajaan. Itu realitinya. 

“Untuk satu stesen penyiar menjana pendapatan, mereka mesti mempunyai program yang boleh menarik minat orang ramai termasuklah menggunakan selebriti-selebriti yang popular atau tengah ‘IN’ supaya ada tajaan yang masuk. Kalau program tak popular, macam mana kita nak harapkan pihak penaja untuk membeli ‘30 seconds commercial airtime’ slot komersial bagi menjual produk mereka?,” jelasnya lagi.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Aug 2025

“Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi

Abby mendoakan agar anaknya itu diselamatkan segera dari hubungan toksik.

Hiburan Mon, 30 Dec 2024

CSOIAM: Trauma Dengan Insiden Hitam, Marygrace Terkenang Momen Bapa M*ti Dibun*h Depan Mata Sendiri

Perkongsian Marygrace mengenai insiden hitam melibatkan bapanya yang mati dibunuh rakan sendiri menyentuh hati penonton.

Hiburan Sat, 27 Jul 2024

Bapa Arwah Zulfarhan Mengaku Pernah Ambil Tindakan Saman Terhadap UPNM

Ya Allah, ibu bapa suspek hati kering betul ek😡😡😡

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Featured Wed, 20 Nov 2024

“Makanya Jangan Delusional” – Hantaran Di IG Cetus Tanda Tanya, Yuka Kharisma Tegur Siapa?

Yuka kelihatan menegur tindakan individu yang disifatkannya sebagai ‘delusional’.

Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”

Tu la zaman sekarang ni kalau terlalu kongsi perkara yang menggembirakan pun orang dengki hm

Hiburan Sat, 11 May 2024
error: Content is protected !!