Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 30, 2019 @ 2:19pm

“Boleh Bermain Emosi Melalui Raut Wajah, Tak Perlu Pegang-Pegang,” – Jalil Hamid

Nampaknya makin ramai pelakon-pelakon yang lebih senior meluahkan perasaan mengenai isu bayaran. Pelakon dan pelawak, Jalil Hamid juga tidak terkecuali. Pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya mendapat bayaran yang sedikit, Jalil berkata dia pernah dipulau sehingga tidak dapat apa-apa tawaran berlakon dan menganggur selama 7 bulan.

Jalil turut meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah syarikat produksi yang memberi bayaran murah kepada pelakon senior sedangkan sanggup berhabis puluhan ribu untuk bakat baru kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman sosial.

“Saya bukan tak pernah bersuara mengenai hal ni. Pernah. Tapi memang tak ada nampak sebarang perubahan pun dari segi bayaran. Alasan mereka, sebab pelakon-pelakon popular ni perlu di bayar mahal, jadi pelakon yang tak seberapa ada macam kami ni, kena terima jelah bayaran apa pun.

“Produser bagi alasan, stesen televisyen bayar murah. Dari tahun 1986 lagi sejak drama di swastakan di televisyen, tak ada perubahan dalam harga jadi bila keuntungan kurang, mereka kata mereka tak mampu nak naikkan bayaran pada pelakon macam kami. 

“Tapi saya hairan juga. Dulu kita fahamlah, nak buat drama peralatan yang ada tak canggih. Kalau dulu nak berlakon drama makan masa berbulan-bulan tapi sekarang teknologi dah canggih, dalam berapa hari dah boleh habis. Jadi sepatutnya kos pun berkuranganlah kat situ. Betul tak? 

“Bila kita persoalkan, mulah lah kerja pun kurang. Kalau dah masuk bidang lakonan ni, apa lagi yang kita boleh buat? Orang macam saya dulu, kalau dah berlakon, memang itu jelah periuk nasi kami.

“Bukannya keluar industri boleh senang-senang nak kerja bank atau buat kerja pejabat macam orang lain. Saya pernah cuba nak berhenti dari dunia lakonan, tapi susah,” keluh Jalil ketika ditemui Xtra semasa sidang media Stand Up Komedi Otai di The Love, Matic pada Rabu. 

Jalil juga turut memberi pandangannya tentang gimik dan kontroversi dalam industri lakonan sejak akhir-akhir ini sehinggakan masyarakat beranggapan inilah dunia seni di Malaysia. 

“Kita ni memang nama pun pelakon, tapi sebagai orang Islam, kita perlu ada batas-batas walaupun dalam lakonan. Pegang bukan mahram tu tetap salah. Macam masa saya berlakon filem Bisik Pada Langit, jadi ayah kepada Ummi Nazeera. Saya tak nak berlakon pegang-pegang hatta watak ayah dan anak sekali pun. Kita masih boleh bermain emosi melalui raut muka dan sebagainya. Tak perlu nak pegang-pegang atau main dukung-dukung. 

“Bila artis berlakon tanpa batasan, walaupun bukan kita yang buat…kita turut rasa malu sebab masyarakat akan anggap orang seni ni semuanya sama. 

“Tapi kalau kita ketengahkan perkara ini, terus dikecam teruk sampai sesak lah juga. Apa-apapun rezeki itu datangnya dari Allah.

“Nasihat saya kepada pelakon-pelakon baru, kita hidup bukan untuk hari ni saja. Kita ada tanggungjawab kepada agama, diri dan keluarga. Kita boleh mendidik masyarakat melalui seni.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Duo Istimewa Tanpa Penglihatan Tampil Memukau Di Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Terima Tawaran Rakaman Daripada Juri

Dari Melayu, Cina Dan India: Uji Bakat Calpis Soda One In A Million Raikan Kepelbagaian Bakat di Malaysia!

Featured Fri, 23 Sep 2022

Portal Berita Sosial Bahasa Cina, Tantannews Kini Bersama REV Media Group!

Wahh menarik ni! Kalau korang tahu bahasa Cina, macam-macam berita boleh dapat dari Tantannews tau 🤓

Hiburan Wed, 9 Mar 2022

Dulu Penyanyi Kini Usahawan, Erna Elliyana Lakar Sejarah Membanggakan

Nama Erna Elliyana, 33, mungkin agak asing di telinga di anak muda masa kini. Namun bagi peminat dunia seni, Erna cukup dikenali sebagai pelakon kanak-kanak ternama sekitar tahun 90-an serta Erna juga menceburkan diri sebagai […]

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

Man Senoi dan isterinya terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut.

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Liza Rayu Netizen Henti Sebar Gambar Bapa Mertua

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM, Liza Khairuddin yang juga merupakan menantu kepada Saleem meluahkan rasa kecewa apabila gambar bapa mertuanya menjadi viral.

error: Content is protected !!