Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 1, 2021 @ 6:37pm

“Walaupun Dalam Keadaan Negara Yang Mencabar, Kita Harus…” – Bunkface

Mengambil kira situasi semasa tatkala negara masih lagi ‘berperang’ dengan virus Covid-19, kumpulan rock ternama tempatan, Bunkface mengambil langkah tersendiri dengan memberi nafas baharu terhadap single Kita Punya Malaysia.

Menariknya, lagu Kita Punya Malaysia yang dicipta pada tahun 2018 ini diberi nafas berbeza dalam versi akustik.

Lagu Kita Punya Malaysia yang dicipta sepenuhnya oleh Sam ini tampil dengan aura berbeza dengan gubahan yang lebih santai.

“Kami berharap karya ini dapat sedikit sebanyak meniupkan semangat patriotik dalam kalangan peminat dan pendengar muzik kami.

“Walaupun dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, kita harus terus bersemangat untuk membina masa depan yang lebih cerah demi generasi akan datang,” kata Sam.

Selain Sam yang bertindak selaku vokalis dan gitaris, kumpulan ini turut dianggotai oleh Youk (pemain basis) dan Paan (pemain gitar).

Sebelum ini, lagu Kita Punya Malaysia dipilih menjadi lagu tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2018 dan 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Individu Fitnah Sombong & Berlagak, Zain Saidin Perjelas Syarat Kena Beli Dulu Produk Dahulu Baru Boleh Bergambar

Zain Saidin turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang hanya mahu bergambar tanpa menyokong perniagaan mereka

Featured Wed, 8 Nov 2023
Trending Tue, 27 May 2025
Events Sun, 7 Aug 2022

Malam Paling Indah! Konsert Anuar, Ziana Zain Ternyata Memukau, Jadi Kenangan Abadi Buat 2,800 Peminat

Anak-anak Pak Zain memang another level! Tahniah Kak Ziana & Abang Nuar♥♥♥

Hiburan Mon, 26 Feb 2024

Doa Alif Satar Dimakbulkan, Sonny Bill Williams Hadir Ke Program #GengSubuhMacamJumaat Di Putrajaya

Lain macam pengaruh Alif sampai Williams pun join #GengSubuhMacamJumaat! Alhamdulillah 🤲🏼

error: Content is protected !!