Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 29, 2019 @ 8:33pm

“Saya Bukan Lelaki Misteri Itu”, Ikhwan Doakan Risteena Bahagia

Selepas tujuh tahun menyulam cinta dan sepatutnya bakal mendirikan rumahtangga akhir tahun ini, teka-teki mengenai status perhubungan pelakon, Ikhwan Khairuddin dan pelakon, Nur Risteena akhirnya terjawab apabila Ikhwan tampil memberi penjelasan. 

Ikhwan mengambil keputusan untuk membuka mulut dan mengakhiri segala desas desus dan spekulasi mengenai hubungan mereka kerana dia merasa segan apabila ramai yang bertanya sama ada diakah lelaki misteri yang sering muncul di laman media sosial instagram Risteena sejak akhir-akhir ini.  

“Ya, saya dan Risteena sudah putus. Saya perlu jelaskan perkara ini kerana saya segan dan malu apabila ramai bertanya adakah saya lelaki misteri yang sering muncul di Instagram Risteena,” katanya kepada Harian Metro.  

Mengikut perancangan asal, Ikhwan dan Risteena sepatutnya bertunang pada 19 Oktober lalu dan bernikah November ini, iaitu bulan kelahiran Risteena, namun semua itu terpaksa dibatalkan. 

Menganggap hubungan yang putus itu sebagai sudah tiada jodoh, Ikhwan mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang komen mengenai punca perpisahan mereka. 

“Selepas menjalin hubungan selama tujuh tahun, kami merancang untuk berkahwin bulan ini. Namun, perkara itu tidak menjadi. Segala persiapan yang sudah dibuat terpaksa dibatalkan.  Saya percaya, aturan Allah itu lebih baik dan pasti ada hikmah di sebaliknya. 

“Cukuplah orang tahu kami sudah tidak ada apa-apa hubungan. Bagi saya ini yang terbaik daripada terus membuat orang sekeliling berteka-teki.  Dia juga boleh fokus dengan hubungan baru yang dibina,” kata Ikhwan lagi.

Bagaimanapun, Ikhwan enggan mengulas lanjut punca perpisahan mereka sebaliknya menganggap antara mereka sudah tiada jodoh.

“Tipulah kalau saya kata tidak sedih dengan perpisahan ini.  Berkat doa emak, saya bangkit dan mulakan hidup baru.  Apa yang terjadi, biarlah menjadi simpanan peribadi kami dan tidak perlu saya kongsikan. 

“Saya doakan Risteena bahagia dan berjaya dengan setiap apa yang dirancang,” tambah Ikhwan yang mula berkenalan dengan Risteena semasa mereka sama-sama berlakon di dalam drama Pilihan Rozana pada 2012.   

Melalui kemas kini perkongsian Instagram, Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas telah memuatnaik satu entri dan berkongsi foto yang menunjukkan kad jemputan kahwinnya yang bakal dilangsungkan 6 Disember ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

Akhirnya…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

 Sumber Foto: Instagram @nur_risteena

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Jin Lim Shares What It’s Like Running JinnyboyTV as a Father

“Recently, I just released a film about children and that’s what I think, as a father, is having a kid in these days.”

Hiburan Sun, 27 Oct 2024

Rupanya Dah Berpisah 2 Julai Lalu.. Que Haidar, Linda Jasmine Bercerai Talak 1

Que Haidar bercerai talak satu dengan Linda Jasmine 2 Julai lalu.

Kisah Viral Sun, 9 Jul 2023
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Featured Fri, 20 Jun 2025

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Anak Sulung Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Jaafar

Nora berharap agar segala ilmu yang diperolehi anaknya itu daoat dimanfaatkan untuk tujuan di dunia dan di akhirat kelak.

Hiburan Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] “Tak Ada Masalah Dengan Sophia Albarakbah, Cuma Geli Aeril Zafrel Puji Perempuan Lain Manja” – Wawa Zainal

Habis la Aeril, tidur luar la ekk 🤪 Usik lagi Wawa kan dah kena jelinggg 🤣

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Anak Lana Nodin Dibedah Hari Ini, Linda Onn Luah Rasa Sebak

Insya Allah… semoga pembedahan berjalan lancar hari ini. Be strong, Billy!

error: Content is protected !!