Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 5, 2019 @ 8:30am

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Penyanyi popular zaman 80an, Dato Nassier Wahab (57) meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Kuala Lumpur, jam 12.45 tengah malam tadi. 

Berita ini dikongsikan oleh temannya, Amirul Haswendy melalui akaun instagramnya beberapa jam lalu.

Menurut perkongsian itu, Amirul mengatakan, Allahyarham menghidapi sakit kanser buat sekian lama. 

 

 
 
 
View this post on Instagram

Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan, Datuk Nassier Wahab telah menghembuskan nafas terakhir setelah sekian lama menderita akibat kanser di UMSC jam 12.45 tengah malam tadi. Serius saya terkejut. Arwah ‘super senior’ saya di Sek Men Ibrahim, Sg Petani. Antara penyanyi ‘otai’ yang sangat merendah diri dan menghormati semua latar belakang. Kali terakhir bertemu ketika arwah jemput menghadiri majlis sambutan hari lahirnya di kediaman arwah di Klang pada April lalu. You’ll be missed Abg Nassier. Alamat rumah arwah, jika sesiapa yang mahu menziarah dan memberi penghormatan terakhir pagi nanti: No 27, Jalan Makyong 2D/KU5, Bandar Bukit Raja, Klang. #innalillahiwainnailaihirojiun #alfatihah #restinpeace #nassierwahab #ibrahimoldboys

A post shared by vmirulhvswĕndy (@amirulhaswendy) on

Memetik laporan Harian Metro, Allahyarham pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, 1 Jun lalu setelah beberapa kali menangguhkan pembedahan tersebut. 

Allahyarham kerap mengadu sakit pada bahagian gusi sejak lima tahun lalu tetapi menurut pembantu peribadinya, Aliff Salim, Allahyarham hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf (56) dan seorang anak, Intan Najihah.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Klang Selangor untuk urusan pengebumian. 

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Datuk Nassier Wahab atas kehilangan mereka.

Industri seni juga pasti akan merindui Allahyarham yang memang terkenal dengan sikap merendah diri dan suka tersenyum walaupun dengan orang-orang yang tidak dikenalinya. 

Kredit Foto: Instagram @teamnassierwahab

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Exists Buat 4000 Penonton ‘Cair’ Dalam Stadium

Exists sememangnya salah satu kumpulan muzik terhebat Malaysia!

Hiburan Sun, 8 Mar 2026

Hawa Rizwana Enggan Cantik Dengan Pembedahan Plastik

Hawa Rizwana tak mahu jelita dengan menggunakan jalan pintas.

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Contest Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Selepas Bekerja Keras, Mira Filzah…

Tidak dapat dinafikan tahun 2018-2019 adalah tahun-tahun yang sibuk untuk pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke-32, Mira Filzah.  Namanya disebut-sebut kerana lakonan yang berkesan bagi drama-drama seperti Lelaki Kiriman Tuhan, Pujaan Hati Kanda dan […]

Featured Tue, 9 Sep 2025

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Rakan-rakan baik Amira Othman tampil dengan kejutan sambutan Bachelorette Party.

Featured Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Featured Fri, 4 Aug 2023

Ayda Jebat Dedah Punca Suami Alami Bengkak Mata & Sukar Bernafas

Teruknya bengkak! Get well soon Nabil!😲😲😲

error: Content is protected !!