Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 15, 2019 @ 4:11pm

“Saya Ampunkan Segala Dosa Anak Saya. Selama 20 Tahun Tak Pernah Tinggikan Suara Kepada Saya” – Nora

Penyanyi Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin pada mulanya enggan membenarkan bedah siasat dilakukan ke atas anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan (20 tahun) yang menemui ajal secara mengejut, pagi semalam. 

Walau bagaimanapun, kerana arwah meninggal pada usia muda dan di rumah, dia akur dengan saranan keluarga dan mengikut prosedur polis.

“Jika diikutkan, saya tidak mahu membenarkan bedah siasat dibuat ke atas Alif.  Sama juga ketika suami, Allahyarham Johan Nawawi meninggal dunia, dua tahun lalu. 

“Namun, selepas membuat pertimbangan termasuk arwah masih muda dan meninggal dunia di rumah, saya mengikut prosedur polis dan saranan keluarga. 

“Saya juga tidak tahu apa yang terjadi ketika itu.  Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan. 

“Alhamdulillah, hasil siasatan, tiada apa yang pelik timbul (sebagai punca kematian).  Saya berpuas hati dengan apa yang dilaporkan pihak hospital…Cuma perkara ini masih dalam siasatan selanjutnya,” kata Nora kepada BH Online ketika ditemui di Masjid Kampung Tunku, hari ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Alif yang merupakan anak kedua daripada empat beradik hasil perkahwinan Nora dan Johan Nawawi, dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia secara mengejut di kediaman keluarga mereka. 

Nora yang pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Singapura dengan pesawat, berkongsi berita sedih itu di akaun instagramnya.

 
 
 
View this post on Instagram

??????

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Dipersimpangan Dilema ini berkata, seperti yang dijelaskan oleh doktor, arwah berada dalam keadaan baik cuma jantungnya agak lemah ketika itu.

“Saluran darah arwah okay…Jantungnya dikatakan agak lemah dan gagal berfungsi sepenuhnya.  Juga ada kemungkinan seperti membengkak.

“Namun, akhirnya saya redha dan percaya sudah sampai ajal Alif,” katanya.

Sejurus disembahyangkan selepas Zohor, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, untuk dikebumikan berdekatan dengan pusara arwah ayahnya, komposer Johan Nawawi yang meninggal akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

“Saya ampunkan segala dosa anak saya. Selama 20 tahun, tidak pernah meninggi suara kepada saya. 

“Tiap-tiap hari dia akan bertanya khabar saya.  Anak yang selalu ingin lihat saya bahagia.

“Alif pergi jumpa papa ya?? Rehatlah di sana. Semoga Allah tempatkan Alif bersama orang-orang beriman.

“Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Tunku sekitar 3 petang. Akan dikebumikan di kubur Bukit Kiara, berhampiran dengan papanya…arwah Johan Nawawi.

“InshaAllah malam ini lepas Isyak, tahlil di Masjid Kg Tunku,” tulis Nora di dalam kapsyen entri terbaharu di akaun Instagramnya. 

Majlis pengebumian yang dihadiri keluarga, sanak saudara dan kenalan rapat, disempurnakan kira-kira jam 3 petang tadi. 

Arwah yang cenderung mengikuti jejak langkah Nora dan arwah suaminya di dalam bidang muzik, pernah tersenarai dalam 20 calon protege Mentor Milenia 2019 baru-baru ini.

Baca: Anak Nora Meninggal Dunia

Kredit Foto: Instagram @itsnoraariffin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 May 2026

Datuk Red Minta Maaf Kepada Adira Suhaimi, Mahu Tamatkan Perbalahan Demi Kebajikan Anak-Anak – “Harap Kita Dapat Berunding”

Datuk Red secara terbuka tampil memohon maaf kepada bekas isterinya, Adira Suhaimi atas segala kekhilafannya.

Events Sat, 24 Aug 2024

“Tolong Selamatkan Ibu Saya” – Anak Mangsa Insiden Tanah Jerlus Gagal Tahan Sebak

Moga misi pencarian dijalankan dan mangsa berjaya dijumpai😥

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

《PRODUCE KOL练习生》拍摄完成!练习生录影出意外紧急送院

《PRODUCE KOL练习生》参赛者结束6天拍摄,过程出意外导致紧急送院!

Hiburan Fri, 12 Dec 2025

Raih 124,448,198 Undian, Ernie Zakri Menangis Bawa Pulang Trofi Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 37!

Ernie Zakri menangis, tidak sangka rangkul anugerah bintang paling popular ABPBH37

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

李俊颉推单曲晋升「艺人企业家」为老人院筹募

Victor李俊颉相隔六年再推出全新单曲《记得我爱你》送爸爸,以「艺人企业家」的身份再出发,为慈善,梦想和事业一同打拼!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Tinggalkan Kanada, Bieber Mohon Jadi Rakyat AS?

Selepas sebelas tahun menetap di Amerika Syarikat, penyanyi Justin Bieber nekad untuk memohon kerakyatan di negara itu. Bukan apa, Bieber juga dilaporkan sudah berkahwin dengan model terkenal Amerika Hailey Baldwin. Malah Bieber juga dilaporkan sudah […]

error: Content is protected !!