Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 17, 2019 @ 11:48am

‘Kalau Ada Berita Gembira, Pasti Saya Kongsi’- Nadzmi Adhwa

“Kalau ada berita gembira, sudah pasti saya akan beritahu,” komen Nadzmi Adhwa mengenai zuriat, baru-baru ini.

Pelakon utama filem Busut Bonang ini memberitahu dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Semua pasangan yang berkahwin pasti mahukan anak. Saya sudah bersedia menjadi bapa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya sangat bersyukur,” katanya.

Sementara itu, Nadzmi mendedahkan dia kini melalui fasa bahagia sepanjang tiga bulan bergelar suami kepada pelakon Ardell Aryana.

“Ke mana sahaja kami pergi pasti ada peminat yang bertanya mengenai cahaya mata. Doakan agar ia menjadi kenyataan. Berkenaan jantina, saya tidak kisah lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat, soleh dan solehah.

“Kalau ada perkembangan gembira, pasti saya akan kongsi,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi akan terbang ke Turki untuk berbulan madu bersama isteri seterusnya menyertai misi kemanusiaan di Syria selama 20 hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Sat, 7 Dec 2019

筹备两年新作终见天日!新专辑数位上架张智成妙回:不想被看光

筹备两年新作终见天日,自我挑战乐此不疲;新专辑数位上架张智成妙回:不想这么快被看光光啦!

Cahaya Mata Sat, 18 Jun 2022

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Beri Nama Bunga El Haq

Tahniah buat Elisya dan Uzair ❤️ Wah, mesti sis Sheila Rusly & Tok Sidang happy dah naik pangkat jadi Nana & Dada 😍 Apapun selamat berpantang buat Elisya Sandha 🥰

Hiburan Mon, 14 Oct 2024

3 Tahun Bersama, Kisah Cinta Alif Hadi & Yasmin Hani Sudah Putus – “Tak Nak Buang Masa, Saya Perlu Move On”

3 tahun tu lama tau 😮‍💨 Doakan yang terbaik untuk Alif & Yasmin 🥹

Cahaya Mata Tue, 25 Oct 2022

“Muka Mama Sangat” – Kecomelan Anak Mira Filzah Curi Tumpuan

Rupa paras comel anak lelaki pelakon dan pengacara Mira Filzah, Wan Khair Amir dihujani dengan pelbagai reaksi positif dan pujian dalam kalangan warganet di Instagram. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman memuat naik foto […]

error: Content is protected !!