Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 23, 2019 @ 8:32pm

Aqeef Anaqi Bakal Dapat Adik Perempuan!

Pasangan pelakon, Amyra Rosli dan Amar Baharin bakal menimang cahaya mata perempuan pada Februari 2020 dan berita gembira ini dikongsi pada majlis pengumuman jantina bakal anak kedua mereka baru-baru ini. 

Nampaknya kejutan yang dilakukan oleh Amyra kepada suaminya berhasil kerana Amar menyangkakan yang dia bakal menimang cahaya mata lelaki. 

“Jujurnya, saya memang langsung tidak tahu jantina bakal anak kedua kami.  Ketika proses imbasan kehamilan dilakukan pun, doktor dan Amyra memilih untuk berahsia.  Saya diminta oleh mereka untuk menunggu di luar. 

“Jadi, saya memang terkejut apabila jantina anak kami diumumkan, hari ini.  Selama ini juga, Amyra memberikan bayangan kami bakal menimang seorang lagi putera kerana dia banya membeli barang dan mencari buku nama anak lelaki. 

“Memang bersungguh-sungguh Amyra hendak memberikan kejutan kepada saya,” kata Amar kepada BH Online. 

Jelas Amar, walaupun terpaksa menanti dengan sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan, namun ia lebih berharga apabila diberikan rezeki mendapat anak perempuan bagi melengkapi keluarga kecil mereka. 

Amar juga menyifatkan berita kehamilan itu sebagai hadiah paling bermakna sempena sambutan hari jadinya yang ke-34. 

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2016 ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober 2017. 

 

Kredit Foto: Instagram @amyrarosli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 14 Aug 2022
Events Mon, 19 Feb 2024

“Saya Selalu Mimpi Anak-Anak Datang Peluk..” – Nadir Al-Nuri

Semoga Allah menjaga dan memelihara saudara kita di sana😥💔

Fab Foodies! Thu, 25 Apr 2019

Complete Your Starbucks Tumbler Collection with This New Summer Series Release

Even if you’re not a collector, you’ll want these tumblers for sure.

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Featured Mon, 5 Sep 2022
error: Content is protected !!