Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 December 29, 2019 @ 12:21pm

Rakam Di Abbey Road Studios, Kugiran Masdo Lancar Album Tahun Depan!

Tahniah sekali lagi kepada Kugiran Masdo kerana berjaya menempatkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-34 dengan mempertaruhkan lagu berjudul ‘Dinda’. Mungkin tidak sepopular sesetengah lagu yang dipertandingkan, lagu ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri, very catchy dan tidak semena-mena anda tentu akan menyanyi bersama-sama. 

Jun lalu, kumpulan ini telah terbang ke London bagi merakamkan album kedua mereka di studio terkenal, Abbey Road Studios dan setelah menghadapi pelbagai rintangan, vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah, meluahkan rasa syukur apabila album tersebut bakal dilancarkan pada 11 Januari 2020. 

 
 
 
View this post on Instagram

• 2017 – Selamat Tinggal Pujaan 2020 – #JalanAbbey Sebarkan khabar gumbira ini pada 10 orang kenalan untuk dapat nasib yang baik????

A post shared by Kugiran Masdo (@kugiranmasdo) on

Walaupun  mereka terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menjayakan projek itu, Ali mengakui dia berasa lega kerana impian mereka untuk melancarkan album tersebut bakal menjadi kenyataan walaupun menerima kata-kata  negatif apabila pelancaran album seringkali tertangguh. 

“Alhamdulillah, setelah tiga kali tertangguh, akhirnya rancangan kami untuk merakamkan album di London berjaya juga dilaksanakan.  Penangguhan itu pula terpaksa dilakukan kerana kekangan wang, selain beberapa isu lain. 

“Hajat merakamkan album di sana pula sudah lama tersimpan, iaitu sejak kami menerima lagu ciptaan The Bootleg Beatles, ketika mereka bertandang ke Kuala Lumpur, tahun lalu,” kata Ali kepada BH Online. 

Tambah Ali, penangguhan projek berkenaan memberikan mereka pelbagai hikmah terutama apabila peminat mula mendapatkan album dan barangan premium kumpulan itu lebih-lebih lagi selepas populariti mereka melonjak naik apabila layak ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34. 

Buat pengetahuan umum, Kugiran Masdo terdiri daripada Ali atau nama sebenarnya Aliff Fahmi Bahtiar, Putu Ceri, Azham Ahmad dan Asmawi Ismail dan ditubuhkan lima tahun lalu. 

 

Kredit Foto:  Instagram @kugiranmasdo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 2 Feb 2019

#xtraGiveaway: Party with a Star-Studded DJ Lineup in Zouk Genting

Stand a chance to win FIVE tickets to Zouk Genting in February!

Fab Foodies! Tue, 24 Jul 2018

Musim Durian, Tapi Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana Satu? Meh, Kita Kongsikan Tips Pilih Raja Buah Ini

Nak tahu bagaimana agaknay cara memilih durian yang betul? Sila baca entri ini.

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
error: Content is protected !!