Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 31, 2019 @ 11:00am

‘Dari ‘Jantan’, Sekarang Manja’- Janna Nick Mengaku Berubah Selepas Berpunya

Selepas mempunyai teman lelaki, pelakon Janna Nick mengaku sedar mengalami perubahan dalam dirinya.

Akui Janna, kekasihnya, Dini Azan Schatzmann merupakan lelaki yang bertolak ansur dalam perhubungan mereka.

“Banyak sangat perubahan berlaku kepada saya tahun ini. Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini sajalah. Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat.

“Apa boleh dikatakan mengenai Dini, dia orang yang paling banyak bertolak ansur, sabar, paling lembut dan positif. Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

TO MANY MORE “I LOVE YOU” Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku…yes I’ve changed a lot!Sekasar-kasar , sejantan-jantan perempuan ? dah more feminine, manja teruk…tapi dengan @dinischatzmann je lah… dengan orang lain aku masih jantan ? ( GELAK MASIH KUAT?) Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut…paling positive.. DAN Yang paling “baby” … Untuk lelaki kat luar sana…jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner…kalau lembut layanan korang..maka lembut la dia? Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut ❤️ ( untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya…)

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di Instagram Janna, pelakon Leftenan Zana itu memanggil kekasihnya itu dengan panggilan ‘baby’ manakala Dini memanggi Janna ‘sayang’.

Pada permulaan video itu, Janna meluahkan rasa cinta dan dibalas Dini.

Terdahulu, Janna mengesahkan secara eksklusif dengan Harian Metro dia dan Dini sedang menjalin hubungan cinta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Nov 2019

丁当「假戏真做」和王柏森关系真如父女!深情告白连粉丝都流泪

Della丁当、王柏森和陈乃荣为音乐剧《搭错车》提前抵马出席粉丝交流会;活动上丁当对着「父亲」王柏森深情告白,感动得连粉丝都不禁流泪。

Hiburan Fri, 21 Nov 2025
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
error: Content is protected !!