Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin December 31, 2019 @ 4:57pm

Ejen Ali Dan Air Asia Akhiri Tahun 2019 Dengan Kolaborasi OURSHOP!

Ejen Ali, OURSHOP pasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa!

Nampaknya kolaborasi antara Ejen Ali dan Air Asia sekali lagi termeterai apabila platform e-dagang yang baru dilancarkan oleh Air Asia iaitu OURSHOP dilancarkan.  Kolaborasi ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama pihak Air Asia dan Ejen Ali untuk membawa jenama ini ke peringkat antarabangsa.

Kolaborasi pertama Ejen Ali dan Air Asia adalah pada tahun 2017 menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia dengan  membawa mesej memberi inspirasi kepada kanak-kanak, menjadi pemimpin dunia pada masa hadapan.

 

 
 
 
View this post on Instagram

❗Perhatian Ejen❗ . Perasmian kedai OurShop bersama . •Usamah Zaid Yasin (CEO WAU Animation) . •Datuk Ahmad Izham Omar (CEO Primeworks Studios) . •Aireen Omar (President of RedBeat Ventures, AirAsia Group) . •Lalitha Sivanaser (CEO of OURSHOP) . •Airin Zainul (Director – Digital Asset Management Unit, IP-Animation, Licensing and Merchandising @ Media Prima Berhad) . •Yanti Ishak (Primeworks Studios Sdn Bhd Corporate General Manager) . . Dapatkan barangan eksklusif Ejen Ali dari hari ini hingga esok di pop up store @ourshop di Lot10 (berhadapan H&M) seperti buku komik Ejen Ali The Movie: Misi Neo, Skuter Ejen Ali, dan Walkie Talkie Ejen Ali sementara stok masih ada! . BERTINDAK SEGERA! . ????? . . #EjenAliTheMovie #EjenAli #EjenAliGears

A post shared by Ejen Ali Official (@ejen_ali) on

Platform ini sekaligus memberi peluang kepada peminat-peminat Ejen Ali yang berada luar dari Malaysia untuk membeli produk-produk Ejen Ali secara online.
 
OURSHOP yang terletak di pusat membeli belah LOT10, Bukit Bintang merupakan kedai pop-up pertama yang dilancarkan dan telah pun mula beroperasi dari 12 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.
 
Pelbagai produk Ejen Ali boleh didapati termasuk produk-produk yang mendapat permintaan tinggi dari peminat seperti skuter, walkie-talkie serta barangan kembali ke sekolah.  Manakala komik edisi terhad filem EJEN ALI THE MOVIE yang akan mula dipasarkan di kedai-kedai buku seluruh negara pada tahun 2020, juga dijual seawal
31 Disember 2019 di kedai pop-up.
 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja untuk meneruskan misi terbaharu ini bersama kumpulan Air Asia. 

” Rentetan kejayaan #MisiAspirasiAirAsia pada tahun 2017 dan 2018 serta kehebatan filem EJEN ALI THE MOVIE yang masih kekal mengungguli carta filem tempatan. Kolaborasi dengan OURSHOP ini amat kami alu-alukan kerana ianya bertepatan dengan misi kami iaitu untuk membawa jenama Ejen Ali ke peringkat antarabangsa dan seterusnya ke hati peminat Ejen Ali di seluruh dunia” Katanya.

 

Promosi serta diskaun membeli-belah yang istimewa turut ditawarkan kepada peminat-peminta Ejen Ali dan pelanggan OURSHOP yang hadir yang mana mereka berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% serta kupon tambahan bernilai RM 20 untuk setiap pembelian atas talian yang dibuat bagi produk jenama Ejen Ali (tawaran adalah terhad, sementara stok masih ada).
 
Terdahulu, filem animasi Ejen Ali The Movie melakar kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak RM29.3 juta sejak ia mula ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura, dan Brunei pada 28 November 2019.
 
Dan, apa yang paling membanggakan adalah filem animasi ini juga bakal menemui peminatnya di pawagam-pawagam di Indonesia bermula 1 Januari 2020. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 31 Jul 2018

「鬼娃恰吉」再出江湖!重启版9月开拍

近几年许多恐怖片重启,包括《它》、《月光光心慌慌》等经典作品,现在鬼娃恰吉系列电影也将重启,并将由《它》制作团队打造,让许多恐怖片迷相当期待。

Filem Tue, 14 Jan 2020
Filem Fri, 27 Jul 2018

《中国好声音》触发「抢位赛」谢霆锋战队战火连连

在上期谢霆锋战队满员后,本周第2期的《中国好声音》将直接触发“抢位战”新赛制,谢霆锋战队内出现了连续抢位的激烈战况。

Filem Thu, 2 Aug 2018

钟盛忠钟晓玉录《看见你的声音》导致兄妹情裂

由八度空间从韩国引进的推理类神秘音乐秀《看见你的声音》第二季将于8月19日启播!记者会上,大来宾钟盛忠与钟晓玉自爆因录影一度导致兄妹情裂;而赖淞凤则说“让人又爱又恨!”

Filem Wed, 6 Dec 2023
Filem Tue, 16 Apr 2019

Can Love Really Bloom By Just Singing a Duet Together?

Join the journey to find the perfect duet couple.

Filem Mon, 10 Sep 2018

导演下令!盛天俊陈子颖片场不能「太亲近」

盛天俊和陈子颖继《逆光成长》和《春天花啦啦》后再演情侣,不过导演却下令两人在片场不能「太亲近」!

Filem Fri, 26 Jul 2019

马来西亚学员四闯好声音!新晋导师开启「封麦」大战

连续四年勇闯《好声音》的马来西亚学员终获转身,王力宏感动到热泪盈眶!

Filem Fri, 23 Feb 2024
error: Content is protected !!