Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 27, 2018 @ 11:15am

Jom sertai BoBoiBoy sambut hari jadi di MAPS!

Teringin nak beramah mesra dengan kartun animasi terkenal BoBoiBoy? Haaa inilah masanya!

Sempena dengan ulang tahun BoBoiBoy yang ke tujuh, pihak Animonsta Studios (Monsta) dan Movie Animation Park Studios (MAPS) bakal mengadakan sambutan dengan aktiviti menarik di sana. Meriah wak, macam-macam aktiviti disediakan tau.

Anak-anak korang sudah pasti excited berumpa mascot BoBoiBoy Galaxy secara langsung! Bukan itu saja, kanak-kanak yang lahir pada bulan Mac turut berpeluang menyambut hari jadi bersama mascot kesayangan ramai itu!

Aktiviti menarik seperti SMULE dan Face Painting turut disediakan, pendek kata memang takkan bosanlah di sana nanti! Pihak MAPS turut membawakan beberapa pertunjukan BoBoiBoy Dance in Neon Night, perarakan LED, Drumline In Neon Light dan pertunjukan silap mata. 

Part ini, ibu-bapa yang bawa anak-anak mesti excited. Kemunculan kumpulan Bunkface dan Ruffedge bakal membuatkan korang tak mahu berganjak dari taman tema itu. Bukan itu saja, pihak pengurusan turut menampilkan penyanyi Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne. Nampaknya, barisan artis yang membuat persembahan bukan biasa-biasa tau! 

Apapun, korang tak perlu risau dengan harga tiket kerana untuk waktu terhad, tiket dijual pada harga RM 90 sahaja. Tunggu apa lagi, kosongkan jadual bermula 17-25 Mac ini dan raikan hari jadi BoBoiBoy bersama insan tersayang ok?  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Sep 2022

“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Fuhh betul lah kan maintain je macam masih anak dara lagi! 😍

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fizi Ali Persoal Tindakan Shakilla Khoriri, Minta Jangan Bangkitkan Isu – “Ameena Yang Tak Minta Untuk Call”

Penyampai radio, Fizi Ali tampil membuka mulut apabila isu tular melibatkan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri kembali hangat diperkatakan di media sosial. Menurut Fizi, isu rindu gara-gara anak tunggal mereka, Ameena Sofia sudah […]

Featured Fri, 26 May 2023
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Erwin Dawson Sudah Bertunang!

Erwin berpegang kuat kepada janji dan niat yang telah dilafazkan untuk mengahwini Julia cuma belum ada tarikh tetap.

Featured Tue, 6 Aug 2024
Featured Tue, 21 Apr 2026

Nash Selamat Jalani Pembedahan Jantung – “Doktor Masukkan Satu Stent Untuk Buka Arteri Koronari Tersumbat”

Datuk Nash kini dikhabarkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Thu, 15 Sep 2022
error: Content is protected !!