Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 11, 2020 @ 9:50pm

Jaclyn Victor, Shawn Rivera Bercerai

Penyanyi Jaclyn Victor dilaporkan bercerai dengan anggota Az Yet, Shawn Rivera selepas lima tahun berkahwin.

Shawn berkongsi berita itu di Facebook memberitahu keputusan itu dibuat atas beberapa faktor dan mengakui keputusan dibuat sangat sukar.

“Kami sudah cuba melakukan yang terbaik untuk perkahwinan kami namun selepas tinggal berjauhan lebih setahun membuatkan kami tidak mampu sesuaikan diri dengan perbezaan masing-masing.

“Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.

“Apapun yang berlaku antara saya dan Jac (Jaclyn), saya tetap menyayangi mereka. Melihat senyuman mereka, terubat segala rasa sedih dan patah hati yang saya lalui ketika ini,” katanya.

Shawn bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar perceraian mereka jauh sekali mahu menuding mana-mana pihak terhadap keputusan terbabit.

“Cabaran bergelar selebriti adalah kami terdedah dengan tanggapan terbuka daripada masyarakat. Sebagai manusia biasa, sudah jadi kebiasaan untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain berdasarkan perspektif terhad kita.

“Ketepikan khabar angin dan spekulasi, hanya dua orang yang berada dalam perhubungan itu saja tahu cerita sebenar. Tidak perlu untuk membuka pekung di dada kerana itu hanya akan melukakan anak kami,” tulisnya.

Shawn juga meminta semua pihak supaya menghormati situasinya bersama Jac ketika ini dan mohon supaya masing-masing tidak diganggu.

Pasangan itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 23 Jan 2026

Uqasha Senrose Didakwa ‘Balas Balik’ Kenyataan Kamal Adli Isu 2 Minggu Tak Jumpa Anak?

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Uqasha kelihatan berkongsi fotonya beserta kapsyen ringkas.

Featured Sat, 26 Feb 2022
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Wani memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4, sebelum ini.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Thu, 18 May 2023
Events Tue, 7 Aug 2018

Saksikan Ketibaan Kapal Equanimity Milik Jho Lo Tiba Di Pelabuhan Klang Hari Ini

Kapal Equanimity milik Jho Lo tiba Di Pelabuhan Klang hari ini. saksikan siaran secara langsung sekarang!

error: Content is protected !!