Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin January 16, 2020 @ 4:13pm

“Saya Memang Tidak Mahu Teruskan Perkahwinan Ini” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

Selepas selesai prosiding kes perceraian antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bagaimanapun berkata, beliau terkilan apabila proses perceraian dipanjangkan lagi oleh pihak Sharnaaz.

“Sepatutnya perkara ini boleh dipercepatkan jika Sharnaaz melafazkan cerai, tapi disebabkan proses yang berlangsung ini perceraian tidak dapat dibuat

” Saya memang tidak mahu meneruskan lagi perkahwinan ini. Dan kedua-dua pihak seharusnya faham yang kita boleh teruskan hidup masing-masing. Malah dia sudah menjalani kehidupan tanpa isteri, begitu juga saya” Katanya.

Tambahnya lagi, kes keretakan rumah tangganya ini tidak seharusnya dipanjangkan kerana mereka mempunyai anak yang perlu diberi perhatian.

” Kami ada anak dan tidak perlu panjangkan atau mungkin ada pihak yang terasa hati. Saya rasa lebih baik teruskan kehidupan dan berbaik-baik untuk besarkan anak tanpa ada rasa dendam atau marah. Saya memang sudah tawar hati dan tidak nampak sebarang usaha daripada pihaknya untuk kembali kepada saya” Jelasnya.

Bagaimanapun, Sharnaaz enggan mengulas sebarang pertanyaan sebelum meninggalkan mahkamah. 

Dalam proses itu, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Noor Nabila diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Sharnaaz diwakili Datuk Akberdin Abdul Kader.

Bagi prosiding JKP Sharnaaz melantik rakan baiknya sebagai wakil manakala Noor Nabila melantik bapa tirinya Abdul Halim Khan.

*Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Hiburan Tue, 10 Oct 2023

Watak Dibawa Tak Selari Imej Islamik, Taiyuddin Bakar Tak Melenting

Abaikan saja mulut orang, tuhan lebih tahu. Asalkan tak terpesong akidah sudah.

Hiburan Thu, 23 May 2019

Mira Filzah Trauma Penembak Sebut “Baby Sayang”

Kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini, apa yang terjadi adalah di luar kawalan dirinya.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Bekas Personaliti TV Terkenal Bakal Disaman?

Dalam masa sama, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

Featured Tue, 7 Dec 2021

Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang. Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen […]

error: Content is protected !!