Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 16, 2020 @ 4:27pm

Sule Bakal Tamatkan Zaman Duda April 2020?

Pelawak terkenal Indonesia, Endang Sutisna atau lebih dikenali sebagai Sule dikhabarkan akan menamatkan zaman dudanya pada April 2020. 

Hal ini disahkan oleh sumber yang rapat dengan Sule dan dikatakan ayah kepada Rizky Febian itu sepatutnya mengikat tali pertunangan  pada bulan ini dan bernikah pada Februari depan. 

Walau bagaimanapun, demi menghormati pemergian bekas isterinya, Lina Jubaedah ke rahmatullah baru-baru ini, Sule telah menunda hari pernikahannya. 

Baca: Bekas Isteri Sule Meninggal Dunia

Difahamkan bakal isteri Sule bukanlah dari kalangan selebriti dan ada ura-ura mengatakan yang dia sedang mengenali hati budi seorang pramugari. 

Terdahulu, Lina dan Sule mendirikan rumah tangga pada 1997 dan mereka bercerai setelah 21 tahun hidup bersama. 

Hasil dari perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Rizky Febrian Adriansyach, Putri Delina Andriyani, Rizwan Adriansyach dan Ferdinan Ardiansyach.

 
 
 
View this post on Instagram

Kebahagiaan tiada tara(budiman).hasil jepretan @takebalto #familytime?

A post shared by Sule prikitiew (@ferdinan_sule) on

Apa-apa pun kami mendoakan supaya pernikahan Sule dengan pilihan hatinya berjalan lancar. 

Kredit: Instagram @ferdinan_sule & tribunnewswiki.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Masih ‘Struggle’ Dapatkan Kewarganegaraan, Josiah Hogan Tak Akan Guna ‘Pintu Belakang’

Josiah Hogan tak akan guna pintu belakang percepatkan dapat IC biru

Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Hiburan Mon, 19 Jun 2023

[VIDEO] Majlis Kahwin MK K-Clique & Siti Hajaar Dipuji Sangat Islamik, Aksi Baca Doa Sebelum Berarak Raih Perhatian

Love wedding MK, sangat simple and islamik ❤️ Comel je MK dengan isteri dia ni ❤️😭

Featured Sat, 6 Sep 2025

Spekulasi Hubungan Nora Danish, Mickey Ayo Semakin Panas! Kad Kahwin ‘M & N’ Bertarikh 080925 Cetus Persoalan

video yang dikongsikan @sampin.exclusive memperlihatkan Mickey segak memakai baju Melayu berona putih.

Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Events Thu, 24 Jan 2019

Kenapa Korang Wajib Datang Konsert Prelude AJL33 Sabtu Ini?

Hangatkan AJL33 dengan konsert Prelude Sabtu ini!

error: Content is protected !!