Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 18, 2020 @ 9:37am

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein mengotakan janjinya apabila dia memperkenalkan tunangnya secara rasmi dan mendedahkan wajah lelaki itu pada majlis malam berinainya malam tadi, selepas lebih setahun dia ‘menyembunyikan’ jejaka yang dikenali sebagai Azlan itu.

Berpakaian persalinan songket bewarna biru, kedua-dua pasangan kelihatan sama cantik sama padan pada majlis yang berkonsepkan Cik Siti Wan Kembang yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan  Dunia Putra (PWTC). 

Majlis pernikahan Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi (40) dan Mohamad Azlan Che Nuh (30), seorang guru di sebuah sekolah di Puchong akan berlangsung pada malam ini di lokasi yang sama. 

Baca: Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Memetik laporan Harian Metro, Azlan yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan mengakui tertarik dengan sikap lemah lembut dan kelakar pelakon Kampung People itu.

“Sifat lemah lembut dan kelakar itu yang membuatkan saya tertarik kepadanya.  Nampak saja dia lembut, tapi dia kelakar. Bila saya dalam keadaan susah, dia umpama pengubat resah dan sekali gus memberi semangat,” katanya kepada Harian Metro. 

Pada majlis pertunangan mereka, 17 Disember lalu yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Elly memilih untuk tidak memperkenalkan bakal suaminya kepada umum walaupun Azlan hadir pada acara terbabit. 

Baca: Elly Mazlein, Azlan Selamat Bertunang

Selain dari memperkenalkan bakal suami kepada umum semasa malam majlis berinai, Elly juga berjanji untuk berkongsi wajah terbaru anaknya, Putri Sara Sefhia (4) pada majlis itu. 

“Hari ini juga, saya kongsikan wajah anak saya, Putri Sara Sefhia selepas sekian lama kerana sebelum ini saya mahu menjaga privasinya,” kata pelantun lagu Bungaku Bakawali itu. 

Sefhia adalah cahaya mata hasil perkongsian hidup Elly dengan pengarah drama, Azmi Hatta yang dikahwini pada 9 November 2014, namun berpisah kurang dari setahun kemudian.

Sumber: Harian Metro & BH ONline

Kredit Foto: Instagram @beritaharian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Mon, 6 Apr 2026

PU Rahmat Perjelas Sebab Kenapa Wajah Peserta Sumud 2.0 Dirahsiakan 

PU Rahmat tampil menjelaskan sebab kenapa wajah peserta misi kemanusiaan itu kali ini terpaksa dirahsiakan.

Featured Thu, 16 Jan 2025
Featured Tue, 11 Oct 2022

[VIDEO] Suntik Eleman Arab, Nafas Baru Lagu ‘Jika’ Versi Nuha Bahrin & Naufal Azrin Direstui Melly Goeslaw

Wowwww, hebatnya Nuha dengan Naufal nii 🤩🤩🤩 Penyanyi asal, Melly Goeslaw pun approved okay!

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Lizzy Mengaku Cepat Bosan Dengan Lelaki?

Mungkin belum bertemu jodoh yang sesuai kot Lizzy!

Featured Fri, 21 Jun 2024
Contest Fri, 28 Feb 2025

Konsert Mega ‘Aku Stacy’ Bakal Berlangsung Jun Ini!

Stacy bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”

error: Content is protected !!