Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 January 22, 2020 @ 9:00pm

Pengakuan Jujur Adam Corrie, “Babi Hutan Lagi Sedap”

Intipati perbualan pelakon Adam Corrie atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah (52) dengan isterinya baru-baru ini yang dikongsi oleh Adam menerusi satu entri di laman Instagramnya (IG) menarik perhatian netizen kerana ia mengenai khinzir!

Dalam entri tersebut, Adam berkata dia telah ditanya oleh isterinya tentang sama ada dia pernah menikmati daging babi hutan sebelum memeluk Islam dan jawapan Adam membuat isterinya terkesima. 

Pertanyaan spontan itu terjadi kerana kebetulan mereka sedang menonton siaran berita tentang babi hutan yang berkeliaran di kampung.

 
 
 
View this post on Instagram

Bidadari saya tanya .. saya jawab je la dengan jujur. Respon “erkk ” sebab dia ingat babi pink yg lebih ramai suka makan tapi sebaliknya. . Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. . Dan alhamdulillah .. 4tahun sebelum saya syahadah / kembali kepada fitrah.. Saya sudah tiada rasa nak makan babi. . Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah. . Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya. . Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif , negatiflah yang kita dapat. . “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.” (Surah al-Baqarah: 173) . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang . #adamcorrie #SayaBukanUstaz #JanganPanggilSayaUstaz

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

 
“Bidadari saya tanya…saya jawab je la dengan jujur. Respon ‘erkk’ sebab dia ingat babi pink yang lebih ramai suka makan tapi sebaliknya,” tulis Adam.

Adam juga berkata harga daging babi hutan lebih mahal berbanding dengan babi yang diternak.

Dalam pada itu, Adam gembira melihat ramai rakannya yang bukan Islam sudah mula mempunyai kesedaran tentang pengambilan daging babi boleh membawa kepada pelbagai penyakit dan kemudaratan dan memilih untuk tidak lagi memakan daging haiwan tersebut.

“Sekarang ramai rakan bukan Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan.  Alhamdulillah, empat tahun sebelum memeluk Islam, saya sudah tiada rasa nak makan daging babi. 

“Rupa-rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah.

“Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia.  Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam.  Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah di sebaliknya.

“Jadikan apa yang saya cerita ini satu ilmu pengetahuan.  Ambil yang positif ya.  Jika kita pandang negatif, negatif yang kita dapat,” tulisnya lagi. 

Sekadar info, Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 sebelum mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada 2008. 

Kredit Foto: Instagram @adamcorrielee

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Mar 2026
Hiburan Fri, 13 Dec 2024

“Sempurnakanlah Bacaan Ibuku, Jadikan Al-Quran Sahabatnya” – Nora Danish

Nora Danish berdoa kisah hijrah dan bacaan Al-Quran ibunya lancar

Hiburan Fri, 30 May 2025

[VIDEO] Peminat Kongsi Momen Terakhir Sebelum Butik dUCk Scarves Milik Vivy Yusof Tutup Operasi

Penutupan dUCk Scarves butik dipercayai berkait rapat dengan kes amanah Vivy Yusof

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Martabat Jenama Fesyen Lokal, Nora Danish Perkenalkan Koleksi Denim Eksklusif ‘Nora Danish x Marii for Amber’

Nora Danish melangkah setapak lagi dalam dunia fesyen apabila melancarkan kolaborasi istimewa, Nora Danish x Marii for Amber.

Hiburan Wed, 18 Oct 2023
error: Content is protected !!