Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina January 31, 2020 @ 6:04pm

Memilukan, Bapa Dan Anak Berusia Tiga Tahun Rentung Dalam Kemalangan

Cukup memilukan!

Hari ini, seorang bapa bersama anaknya yang berusia tiga tahun didapati rentung selepas Toyota Alphard yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, Kepala Batas.

Namun begitu, isteri kepada lelaki tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Assisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut kira-kira 10 pagi tadi. 

 

 

Terbakar 100 Peratus

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat. 

“Kenderaan mungkin melanggar penghadang jalan, terbabas dan terbakar di situ. Ia terbakar 100 peratus,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang. 

Menurutnya, selepas api dipadamkan dan setelah melalui hasil pemeriksaan, mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Semoga segala urusan dipermudahkan. 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Fri, 4 Aug 2023
Trending Tue, 12 Nov 2019

Kenalkah Anda Dengan Model Rokok Marlboro?

model lelaki koboi ini tidak pernah merokok seumur hidupnya

Featured Sat, 26 Oct 2024

Peminat ‘Penat’ Tunggu Lagu Baru,  Naim Daniel Mahu Berhenti Menyanyi?

Haa? Takkan lah Naim dah berenti menyanyi 😭😭😭

Hiburan Tue, 25 Jul 2023
Trending Fri, 9 Jun 2023
Kisah Viral Wed, 6 Mar 2024
error: Content is protected !!