Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 31, 2020 @ 6:00pm

Ungku Ismail Teringin Jadi Penyanyi?

“Kalau ada peluang apa salahnya,” kata pelakon Ungku Ismail Ungku Aziz yang tidak menolak jika diberi peluang bergelar penyanyi.

Kata hero drama Adellea Sofea itu, tidak salah untuknya mencuba sesuatu yang baharu. 

“Saya suka belajar dan kalau ada peluang menyanyi, saya sedia mencuba kerana nak belajar dan dapatkan ilmu.

“Namun, saya terfikir juga apakah orang sanggup mendengar nyanyian saya itu jika ada rezeki jadi penyanyi. Setakat menyanyi untuk persembahan teater muzikal, saya okay kerana sudah membuat latihan awal,” katanya yang meminati penyanyi terkenal, Datuk M Nasir. 

Oleh Fas

Ungku Ismail yang berlakon dalam teater muzikal Semarak Pertiwiku yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, semalam dan hari ini juga mempersembahkan tiga buah lagu. 

Teater Semarak Pertiwiku adalah hasil ilham Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Istana Budaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Featured Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Thu, 19 Mar 2026
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

Tahniah Buat Jihan, Dah Jadi Seorang Ibu

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi comel seberat 3.85 kilogram itu secara pembedahan hari ini

error: Content is protected !!