Hiburan By: SGMS Faida February 2, 2020 @ 8:35pm

Tahniah…Vanessa Angel Bakal Bergelar Ibu!

Selebriti Indonesia Vanessa Angel disahkan hamil anak pertama.

Menerusi ruangan Instagramnya, isteri kepada Febri Adriansyah atau lebih dikenali sebagai Bibi ini mengumumkan berita gembira tersebut.

Dalam video berkenaan, kelihatan Vanessa dan Bibi pada awalnya bertengkar sebelum suaminya keluar dari rumah dan memandu dalam keadaan marah.

“Nikah itu berbeza dari saat bercinta. Apa lagi saat sudah jadi ketua keluarga.  Anda bertanggung jawab dengan semua yang terjadi di dalam keluarga, bertanggungjawab atas sedih dan senangnya istri anda,” kata Bibi.

Tidak lama kemudian, Bibi kembali ke rumah dan ketika itu Vanessa menyerahkan test pack yang menunjukkan dua garis yang bermaksud wanita cantik itu bakal bergelar ibu. 

“Nikah itu lebih banyak berkorban, lebih banyak mengalah, justeru pendewasaan baru bermula di sini,” kata Bibi.

 
 
 
View this post on Instagram

#TuhanMahaBaik

A post shared by Vanessa AngeL ? (@vanessaangelofficial) on

Sebelum ini, Vanessa bernikah secara tertutup di Cinere, Depok, Jawa Barat pada 15 Desember 2019.

Semoga dipermudahkan urusan buat Vanessa dan Bibi! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Featured Mon, 13 Sep 2021

Sertai Jemaah Tabligh, Video Anuar Zain Menyanyi Sambil Hidang Teh Tarik Curi Perhatian Ramai

Video penyanyi terkenal, Anuar Zain menghidangkan teh tarik kepada rakan artis, Nabil Ahmad menjadi bualan di media sosial semenjak semalam. Namun apa yang paling mencuri tumpuan adalah suara Anuar dengan bersahaja menyanyikan lagu Lelaki Ini […]

Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini