Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina February 12, 2020 @ 10:45am

[VIDEO] “Kau Tiada Pengganti” – Lihat Anta Permana Versi Vokal Penuh Tok Ti!

Baru-baru ini kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti yang membuat kejutan di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL34) semasa lagu Anta Permana bersama Bob Yusof telah mendapat perhatian ramai pihak. 

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah apabila mikrofon beliau dilihat mengalami masalah teknikal sehingga membuatkan netizen berang terutamanya di laman sosial. Al-maklumlah, ini merupakan kemunculan pertama Tok Ti di pentas AJL selepas beberapa tahun lamanya.

Insiden ini bukan sahaja mencetuskan kontroversi buat penyanyi nombor satu negara itu, tetapi juga kepada semua peminat tegarnya. Malah, di laman Twitter sempat lagi trending dengan hashtag #justiceforsitinurhaliza pada malam kemuncak #AJL34 yang lepas.

Walau bagaimanapun, kejutan Tok Ti di pertengahan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong ini nampaknya berhasil apabila gandingan mantap vokal dan seni pentas oleh Bob Yusof dan Tok Ti itu berjaya meraih tempat ketiga.

 

 

Buat korang yang masih tidak puas menonton persembahan Bob Yusof dan Tok Ti malam AJL34 lalu, nah Xtra nak belanja sikit video gandingan mantap Anta Permana oleh Bob Yusof bersama Dato’ Siti Nurhaliza versi vokal penuh. Layan!

 

Sumber: Youtube TV3

Apa-apapun , tahniah sekali lagi buat Dato’ Siti Nurhaliza dan Bob Yusof!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

Selepas Semua Sudah, Elizabeth Tan Kini ‘Hidup Semula’

Lagu terbaru nyanyian Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy ini menjanjikan kepuasan kepada pendengar dengan penambahan elemen seram dan hiba menerusi lagu tersebut.

Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Events Thu, 23 Jan 2025

Melly Goeslaw Kembali Dengan Konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” Pilih Tema Busana ‘Dress To Kill’

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari malam penuh magis ini!

error: Content is protected !!