Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina February 18, 2020 @ 12:16pm

Aishah Sinclair Terima Khabar Duka Sebaik Sahaja Tiba Di Konti MIX FM

Khabar duka diterima hari ini apabila suami kepada aktres cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 4.51 pagi hari ini di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

Adik kepada Allahyarham, Aishah Sinclair menerima perkhabaran duka tersebut ketika sedang bersiap sedia mengendalikan program Mix Breakfast pada jam 6 pagi tadi di stesen radio Mix FM. 

Menurut rakan setugas, DJ Prem dan Rod, Aishah menerima panggilan oleh ibunya, Khadijah Abdul Rahman sebaik sahaja tiba jam 6 pagi tadi di konti, kemudian terus bergegas pulang mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibunya.

 

 

Ashraf mengahwini isterinya, Bunga Citra Lestari pada tahun 2008 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Takziah diucapkan buat Bunga Citra Lestari dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solehin. 

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Penyanyi Despacito Dirompak Lelaki Mirip Wajahnya?

Lebih pelik, lelaki yang menyamar sebagai pelantun Despacito itu menghubungi kakitangan hotel di Valencia untuk membuka ‘bilik selamatnya’.

Featured Tue, 14 Mar 2023
Cahaya Mata Sat, 29 Oct 2022

“Thank You Rafael Jaga Mommy Time Pregnant” – Ketulusan Anak Mawar Rashid Curi Tumpuan

Tular sebuah video pelakon Mawar Rashid bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael yang sedang membantunya memakai kasut. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Mawar itu di laman Instagram, dia mengucapkan terima kasih kepada anaknya, Rafael […]

Hiburan Tue, 21 Nov 2023

“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Wahh, Bunga pun dah ready nak perform opening esok dekat konsert Coldplay!

Hiburan Sat, 28 Aug 2021

Ijam Majid Tampil Dengan Lagu Patriotik

Bersempena Hari Kebangsaan yang ke-64, penyanyi Ijam Majid melancarkan single terbaru berjudul Nagaku Wara Wara Nia. Tajuk yang unik ini sebenarnya mempunyai maksud tersendiri. Nagaku Wara Wara Nia membawa erti Negaraku Warna Warna Dunia. Lagu […]

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ibu Haqiem Rusli Terkilan Kerana…?

Sebagai ibu, Nazrah cuma memberitahu segala keputusan terletak ditangan Haqiem

Featured Mon, 25 Sep 2023
error: Content is protected !!