Euforia Bola 2026
FESYEN By: SGMS Faida March 3, 2018 @ 12:47pm

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Seorang demi seorang ilmuan tampil ke hadapan untuk menasihati selebriti terkenal Neelofa Mohd Noor susulan majlis pelancaran tudung keluaran syarikatnya di salah sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Dr Norsaleha Mohd Salleh tidak terkecuali dalam hal ini!

“ Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

“ Kembali labuhkan tudung serta menghentikan jualan tudung jenamanya yang tidak menutup aurat,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak-pihak yang memberi teguran hanya sekadar menasihat ikon Muslimah itu sebagai seorang saudara seIslam supaya tidak terlanjur dalam perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt.

“Justeru, tanda dia meminta ampun, adalah dengan berubah menjadi baik, bertaubat taknak mengulang lagi perkara yang silap dan menutup kesalahan itu dengan melakukan kebaikan.

“Maksudnya labuhkan tudung dia, jangan jual tudung yang tak menutup aurat, itu tandanya dia insaf dan sedar dengan kesilapan dia menyesal dengan perbuatan dia,” katanya.

Memetik laporan Ismaweb.net, beliau ingin mengingatkan Neelofa agar memohon ampun kepada Allah swt dan bukannya kepada manusia.

 “Kita ni manusia tak boleh nak ampunkan dosa orang. Isu bertudung, isu aurat itu adalah hak Allah swt.

“Yang memerintahkan kita menutup aurat, memerintahkan kita berakhlak mulia, dan memerintahkan kita menjaga kesopanan sebagai wanita muslimah adalah Allah.

“Jadi isu dia adalah dengan Allah, kita manusia tidak boleh mengampunkan dosa yang dia buat dengan Allah taala.

“Ini bila kita tengok, rakyat menerima permohonan maaf, mufti menerima permohonan maaf, untuk apa?

“Kita bukan paderi, paderi yang dalam amalan agama Kristian boleh ampunkan dosa orang bila buat salah. Itu satu benda yang saya harap tidak disalah faham,” akhirinya.

 

Sumber: Indahnya Islam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2019

Achieve The Glass Skin And K-Beauty Look With Jeju Cherry Blossom Tone Up Pop Up And You Can Get All These Free Goodies From Innisfree

Visit the Pop Up Tone Up Jeju Cherry Blossom event and get all these free skincare goodies from Innisfree!

LIFESTYLE Sat, 9 Nov 2019

Kenapa Perlu Elak Guna Produk Kesihatan Ada Steroid?

Produk-produk ini mengandungi pelbagai bahan terlarang seperti raksa dan juga steroid. Persoalannya, mengapa anda perlu menjauhkan diri daripada makanan tambahan tinggi steroid? Penggunaan steroid sintetik adalah sesuatu yang terkawal kerana kesan perubahan paras steroid dalam […]

LIFESTYLE Thu, 9 Aug 2018

Ada Cara Baik, Jangan Terus Hukum Golongan LGBT

Antaranya ialah usaha untuk mendekati mereka, berdialog, memberi kefahaman Islam yang sebenar dan memberi hak asasi sama seperti rakyat Malaysia lain. Namun, dalam masa sama kita kena perjelaskan sebenarnya Islam ini adalah agama fitrah.

LIFESTYLE Sat, 16 Dec 2017

ADA APA DENGAN NEELOFA DAN FASHION VALET?

Neelofa sekali lagi mencipta nama dalam bidang fesyen apabila berkolaborasi bersama jenama fesyen terkenal iaitu Fashion Valet

Events Mon, 2 Dec 2019

Resorts World Genting’s “Winter Wonderland” Is The Most Christmas Experience You’ll Ever Get In Malaysia!

A Christmas festival never seen before by Resorts World Genting featuring lights, ice-skates and musical show.

LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

交友软体会有好桃花吗?

这年头在网路上认识对象再正常不过了,尤其是忙碌的上班族,除了同事之外,还真难认识对象!

Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

LIFESTYLE Fri, 17 Jan 2020

给准备换新工作的你!选一张牌看转职运

每年的这个时候都有朋友面临转职问题,就连奥斯占卜的案例中也出现类似问题。

Events Thu, 26 Dec 2019
LIFESTYLE Tue, 13 Aug 2019

Boleh Ke Panggil Isteri Dengan Gelaran Ummi, Ibu Atau Mama?

Jangan Ambil Mudah, Ini Hukum Yang Perlu Anda Tahu

error: Content is protected !!