Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari June 27, 2023 @ 3:32pm

ABPBH 35: Tercalon Top 5 Dalam Dua Kategori, Siti Khadijah Anggap ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ Pembawa Tuah

Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim menganggap drama Sekali Lagi Cinta Kembali memberi tuah kepadanya apabila tercalon dalam dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Siti berjaya tersenarai dalam kategori BBNU Wanita Popular dan Couple Drama Popular bersama pelakon Aniq Suhair menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang juga tercalon sebagai Drama Popular.

“Sekali Lagi Cinta Kembali memberi tuah kepada saya dan banyak sangat impak positif yang saya dapat. Saya betul-betul berterima kasih kepada penerbit saya A. Aida Production, Datuk A. Aida dan juga abang Reza Baharuddin sebab beri kepercayaan kepada saya untuk membawa watak Aira.

“Dan juga terima kasih kepada penonton yang suka cerita ini sampai banyak sangat minta nak buat Season 2. InsyaAllah kalau ada rezeki, kalau A. Aida dan casts lain sudi untuk kerjasama dengan saya lagi InsyaAllah kami akan gembirakan penonton. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua,” katanya.

Lebih membanggakan, sebagai pelakon baharu Siti berjaya membolosi Top 5 dalam kedua-kedua kategori yang tercalon bersyukur diberi peluang namun dia tidak meletak harapan tinggi dan terbuka dengan sebarang keputusan.

“Siti sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi di atas peluang dan ruang untuk Siti berkembang lebih besar, lebih maju lagi dalam industri dan Siti tak letak harapan tinggi pun untuk mana-mana kategori. Kalau tertulisnya rezeki Siti untuk memenangi InsyaAllah itu rezeki tapi apa-apa pun keputusan Siti bersyukur,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Siti turut bersyukur digandingkan dengan Aniq Suhair dan merasa kerdil kerana pasangan yang tercalon dalam Couple Drama Popular lebih hebat.

“Untuk tercalon, Couple Drama Popular pun Siti bersyukur sangat-sangat sebab peminat dapat menerima gandingan Siti dengan Aniq. Siti pun gembira dapat bekerjasama dengan dia dan Siti tak ada favoritism sebab semualah yang bersaing itu pun favourite Siti dan Siti memang rasa kerdil sangat, diorang semua memang hebat-hebat belaka.” katanya ketika dihubungi XTRA.

Peminat boleh layari www.abpbh.com.my bagi menyemak senarai Top 5 atau finalis edisi ke-35.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Jul 2023
Featured Sun, 2 Jan 2022

Wani Kayrie Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Idaman Bernilai Lebih RM190,000

Penyanyi dan pelakon muda Wani Kayrie, 22, menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah hasil kerja keras yang dilakukannya sebagai anak seni. Wani menerusi hantaran Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar bersama kereta barunya yang merupakan […]

Featured Thu, 21 Aug 2025
Hiburan Wed, 10 Sep 2025

Berat Badan Akhyar Rashid Naik 5 Kg Lepas Kahwin

Berat Akhyar Rashid naik 5 kg lepas kahwini Eyka Farhana

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Ish…siapa agaknya gerangan orang itu ya?

Trending Mon, 29 Aug 2022

“Kalau Jumpa Saya Waktu Siang, Nampak Elok Kerana…” – Ustaz Kazim Bakal Berubat Di Arab

Sampai ke Arab ye cari penawar! Apa-apapun semoga Ustaz kembali sihat!

error: Content is protected !!