Categories: AcaraSihat

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan resipi atau masakan lauk pauk di negara ini mengandungi santan sebagai bahan utama, semakin pekat dan likat santan yang digunakan, semakin sedap menu dihasilkan.

Secara tidak langsung juga, penggunaan santan secara berlebihan dalam pemakanan adalah tidak baik untuk kesihatan, namun pengeluar produk masakan, Ayam Brand, menegambil inisiatif mengeluarkan santan kotan Super Light yang kurang lemak sebanyak 75 peratus.

Nathan menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Ayam Brand Santan Super Light yang diadakan di Giant Bandar Kinrara Puchong. Foto: NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre berkata, dengan adanya santan Super Light ini, suri rumah tidak perlu risau lagi untuk menyediakan menu atau sebarang masakan untuk keluarga atau pun diri sendiri.

“Santan adalah bahan utama dalam masakan kebanyakan rakyat Malaysia, kami mengambil inisiatif menghasilkan santan yang lebih ringan supaya orang ramai boleh menggunakan santan ini untuk menikmai makanan yang lebih sihat.

“Selain kurang lemak sebanyak 75 peratus berbanding santan segar, santan Super Light Ayam Brand ini juga adalah bebas kolesterol dan rasa dan aromanya tetap sama,” katanya pada majlis pelancaran yang berklangsung di pasaraya mega di Kinrara, Puchong, baru-baru ini.

Katanya lagi, Ayam Brand komited untuk berkongsi dengan pengguna bahawa pihaknya mengutamakan kesihatan dan makanan yang baik dengan menawarkan ramuan yang lebih sihat.

“Makanan Ayam Brand yang sihat, mudah dan enak tanpa bahan pengawet dan tiada perisa tiruan adalah sebahagian daripada identiti kami.

“Kami juga komited untuk mengekalkan warisan makanan dan menggalakkan penghasilan mukulinari yang baru, jadi di sinilah santan Super Light Ayam Brand boleh membantu dalam menjadikan resipi tradisional lebih sihat, selain menambah citarasa tempatan terhadap aliran global,” katanya.

Yang turut hadir, Pakar Perunding Pemakanan dan Nutrisi daripada MyKenZen, Shermin Low.

Santan Super Light keluaran Ayam Brand kurang 75 peratus lemak dan bebas kolesterol. Foto: NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Ayam Brand adalah antara pengeluar  produk keperluan masakan di Malaysia dan Asia sejak  127 tahun lalu, terkenal dengan makanan bertin dan bermutu serta tidak mengandungi bahan pengawet.

Produk Ayam Brand  turut mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa dan memperoleh sijil halal diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin halal.

Sementara itu, pada acara sama, Chef Mohd Shafiq Othman mengadakan demonstrasi masakan mengunakan santan Super Light Ayam Brand iaitu Gulai Mackerel dengan Roti dan Teh Boba Matcha Santan.

Pelbagai resepi disediakan menggunakan Santan Super Light pada majlis pelancaran Santan Super Light Ayam Brand di Giant Kinrara, Puchong. Foto:` NSTP/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Santan kotak Super Light ini dihadirkan dalam bentuk pembungkusan yang lebih kemas, di mana pengguna tidak perlu menggunting atau koyak sekiranya mahu menggunakan santan berkenaan, sebaliknya cukup hanya pusingkan penutup dan tuang sahaja.

Ia ditawarkan pada harga RM3.10 (330ml) dan kini boleh didapati pada harga promosi RM2.95 di pasaraya Giant seluruh negara sepanjang promosi berlangsung sehingga 31 Oktober ini.

Shaidah Shafie