Acara By: Padin June 7, 2023 @ 4:11pm

Enggan Dikenali Sebagai Pusat Tahfiz Konvensional, Madrasah An-Nuur Lahirkan Graduan Profesional

Mahu mengangkat martabat sebagai institusi pendidikan yang melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang agama, Madrasah An-Nuur (MAN) enggan dikenali sebagai pusat tahfiz konvensional.

Bersesuaian dengan objektif mereka, penganjuran majlis istiadat konvokesyen di institusi tersebut diadakan dengan berbeza.

Penuh bergaya dan memberi pengalaman unik kepada 77 graduan, majlis tersebut yang diadakan di Kompleks Aman Kesang Laut Tangkak, Johor diserikan dengan perarakan sepanjang tujuh kilometer dengan menaiki 15 buah kenderaan mewah dan 15 motosikal berkuasa tinggi daripada Kumpulan Wings Motor Gang Society (WMGS).

Menurut pengasas dan pengetua MAN, Ustaz Noor Effendi Hamid, sejak penubuhan mereka pada tahun 2000 sehingga hari berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen, MAN telah berjaya melahirkan 579 orang graduan huffaz.

Kini, mereka sudah melanjutkan pengajian ke tahap seterusnya di dalam dan luar negara samada dalam bidang Agama mahupun bidang profesional.

“Kita tahu susah payah para pelajar hafaz al-Quran dan usaha guru yang hebat, jadi kita nak memartabatkan mereka dengan menganjurkan konvokesyen.

“Kali pertama kami buat pada tahun 2016. Sejak itu kita nampaklah para pelajar yang belum tamat pengajian ini lebih teruja untuk sampai ke tahap itu (konvokesyen). Boleh dikatakan ini penyuntik semangat dan motivasi untuk mereka.

“Selepas itu, kita buat dalam dua atau tiga tahun sekali. Baru-baru ini konvokesyen yang ke-19 pada 28 Mei lalu,” tambahnya.

Disempurnakan oleh Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad, penganugerahan guru cemerlang turut disampaikan.

Diberikan kepada Firdaus Tuah dan Nor Jannah Omar, mereka telah dinobatkan sebagai penerima anugerah guru cemerlang yang gigih manakala Ummu Salamah Zahar menerima anugerah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, MAN telah bekerjasama dengan syarikat Mizwah Travel & Tours untuk menyediakan pakej  umrah dengan perkhidmatan mutawif berpengalaman  kepada masyarakat di negara ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Acara Wed, 25 Sep 2019

Etiqa lancar skim perlindungan penyakit mental yang pertama di Malaysia

Penyakit berkaitan dengan mental tidak harus dipandang remeh!

Acara Tue, 23 Aug 2022

Jasmine Suraya Tertarik Untuk Dekati Islam

Jasmine Suraya mahu dekati Islam

Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Tue, 26 May 2020

McDonald’s kembali dengan cita rasa Jepun yang istimewa dan lazat

Samurai Burger dan Shogun Burger wajib dicuba!

Acara Fri, 13 Sep 2019

ABPBH32: Siapa akan dinobat juara Kategori Online?

Undi artis kesayangan anda sebelum tarikh undian ditutup!

Acara Wed, 3 Apr 2019

Pencarian cef muda berbakat kini kembali. Mungkin anda yang MAGGI dan KPM cari!

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®, medan serlah kemahiran memasak anak muda.