Acara By: Ad Ops July 22, 2019 @ 10:25am

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Nama Datuk Alha Alfa tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni solekan tempatan. Memiliki 13 tahun pengalaman, pemilik nama Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil ini cukup terkenal dalam kalangan selebriti popular tanah air.

Antara selebriti yang pernah mendapat sentuhan magis Datuk Alha Alfa ialah Amy Mastura, Fasha Sandha, Zara Zya, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

alha alfa abpbh 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

Selain menjadi jurusolek artis, Alha Alfa turut melebarkan sayapnya dalam bidang kosmetik apabila menubuhkan jenama solekan sendiri, Alha Alfa Cosmetics dan kini jenama berkenaan terus mengukuh sehingga menjadi empayar yang berada dalam kelas tersendiri.

Alha Alfa ABPBH 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

Bukan setakat itu sahaja, nama pengasas kosmetik berusia 31 tahun ini juga semakin melonjak naik apabila menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-31 pada tahun lalu. Kejayaan kerjasama antara Alha Alfa Cosmetics dengan ABPBH tahun lalu, membuatkan Alha Alfa meneruskan penajaan bagi tahun kedua menerusi edisi ABPBH 32 pada tahun ini.

Biarpun sibuk membina nama dalam bidang yang dicintainya, figura yang berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah lokek ilmu bagi meluangkan masa mencurahkan ilmu solekannya kepada peminat seni tatarias.

Pada Sabtu lalu, beliau mengadakan Masterclass Makeup di Hotel Novotel, Kuala Lumpur. Kelas yang dianjurkan oleh M&N Signatures membabitkan 100 peserta dari seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.

Alha Alfa berkata, pada bengkel berkenaan beliau berkongsi pelbagai teknik baharu dalam dunia solekan bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran diri.

alha alfa abpbh 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

“Saya begitu teruja untuk berkongsi teknik yang tidak pernah saya ajar di mana-mana sebelum ini. Bagi kelas kali ini, saya akan tunjuk cara solekan pengantin, selain beberapa teknik seperti pemakaian bedak asas, cara mendapatkan bedak asas yang kalis air, panduan untuk menjadikan mata sepet nampak besar serta teknik menjahit bulu mata.

alha alfa abpbh 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

“Teknik ini sangat popular di Indonesia dan jarang dilakukan jurusolek di sini, jadi saya akan kongsi ilmu yang saya belajar di sana,” katanya ketika ditemui Hijab & Heels pada acara berkenaan.

Paling mengujakan, Alha Alfa secara eksklusif membawa pelakon Uqasha Senrose sebagai modelnya bagi sesi kelas solekan itu sehingga membuatkan suasana menjadi gamat apabila kedua-dua personaliti itu masuk ke dalam dewan.

Alha Alfa ABPBH 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

“Peserta kelas kali ini sangat bertuah kerana saya membawa Uqasha secara live. Mereka sangat gembira kerana sebelum ini mereka nak sangat lihat saya menyolek selebriti secara langsung.

alha alfa abpbh 32

Foto: NSTP/ Salhani Ibrahim

“Selain itu, peserta juga menerima set terbaru Alha Alfa Cosmetics secara percuma dan barangan daripada penaja lain. Paling penting, apa yang peserta dapat hari ini setimpal dengan bayaran yang mereka bayar untuk kelas ini,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 26 Sep 2018

Gabungan Hebat Generasi Lama & Baharu Semarakkan Pentas ABPBH 31

ABPBH31 menjanjikan satu persembahan yang infiniti!

Oh Lawa Wed, 11 Apr 2018

Ini Rahsia Air Kelapa Yang Anda Tidak Tahu, Baik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan!

Kalau anda nak tahu, air kelapa boleh dijadikan penawar bagi tubuh yang beracun kerana ia mampu melarutkan racun dalam perut buat sementara waktu.

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

Koleksi Lebaran 3 Aktres Jelita Ini Pasti Buat Tetamu Terpukau Dengan Penampilan Syawal Anda

Sungguh menawan koleksi lebaran 3 pelakon popular ini. Rugi kalau anda tak beli!

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Tue, 1 Oct 2019
Featured Wed, 8 Aug 2018

Adakah Evolusi Fesyen Muslimah Sekarang Selari Dengan Konsep Islam?

Jangan terlalu obses dengan trend hingga melanggar peraturan dalam Islam.

Featured Thu, 5 Sep 2019