Categories: Acara

Eratkan silaturahim, sampaikan salam Syawal dengan Pizza Hut

Jenama piza terkenal, Pizza Hut mengambil pendekatan unik dengan meraikan kemeriahan Hari Raya pada waktu mencabar sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menerusi kempen promosi Sampaikan Salam Syawal.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong, berkata promosi itu mengambil keberkatan tradisi bermaaf-maafan sempena Aidilfitri bagi mengeratkan silaturahim dengan cara berbeza menerusi kiriman piza.

“Tradisi menghulurkan tangan dan bersalam merupakan signifikasi penting bagi umat Islam pada Hari Raya. Selain dijadikan satu cara untuk bertanya khabar kepada insan yang dihargai dalam hidup kita, bersalaman juga adalah cara untuk memohon kemaafanm memperbaharui dan memperkuatkan lagi hubungan sesama kita.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

“Walaupun kita mungkin tidak dapat bersalam seperti biasa, kita masih boleh menunjukkan kasih-sayang dan penghargaan kepada satu sama lain dengan pelbagai cara. Kita masih dapat mengirim salam, atau setidaknya menyampaikan salam itu melalui kiriman piza,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi memeriahkan lagi kempen promosi Sampaikan Salam Syawal, Pizza Hut turut menghasilkan video salam terpanjang berjudul ‘Salam Rayaku’ dengan menampilkan gandingan selebriti seperti Fattah Amin, Shaheizy Sam dan juga beberapa pempengaruh media sosial.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Sehubungan itu, Pizza Hut menjemput rakyat Malaysia untuk turut serta dalam keseronokan itu dengan memuat naik video aksi bersalaman dalam akaun Instagram atau Facebook dengan tanda pagar #salamrayaku.

Video bersalam itu akan disunting untuk menghasilkan kompilasi video salam terpanjang. Walaupun bersifat maya, video itu diharap dapat menyampaikan makna salam yang sebenarnya, iaitu untuk memperkuatkan silaturahim dan ikatan antara satu sama lain.

Selain video salam terpanjang, Pizza Hut turut memeriahkan juadah raya dengan hidangan besar Big Box, Big Box Plus, Double Box, On the Go 4 dan My Box bermula dari RM16.90. Diskaun 50 peratus juga diberi untuk piza saiz biasa melalui promo berkenaan.

Kredit gambar: Pizza Hut Malaysia

Menariknya, kotak Pizza Hut kali ini menampilkan hiasan bertema raya khas untuk suasana perayaan apabila pelanggan membeli set Big Box, Big Box Plus dan Regular Double Box. Promosi Sampaikan Salam Syawal boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bermula dari 24 Mei hingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada.

Ad Ops