Categories: Acara

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Semalam bertempat di Le Meridian Hotel, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran duta jenama kecantikan, Meeracle yang baharu.

Pada majlis tersebut, Meeracle telah melantik aktres jelita Zahirah Macwilson sebagai duta baharu menggantikan Izreen Azminda.

Pemilihan Zahirah sebagai duta disebabkan dia menepati konsep jenama Meeracle iaitu ‘simple, urban and expressive’. Yela, kalau anda lihat wajah Zahirah memang mulus dan bersih, layak sangat dia dipilih sebagai duta kan?

Pada majlis tersebut, Meeracle turut melancarkan satu kempen terbaharunya iaitu ‘Menjadi Dengan Meeracle’ yang bertujuan untuk menarik lebih ramai wanita untuk menggunakan produk keluaran Meeracle.

Bukan itu saja, melalui kempen ini juga, Meeracle komited untuk membantu wanita di luar sana untuk memulakan perniagaan sehingga berjaya bersama Meeracle.

“Dengan perlantikan Zahirah sebagai duta, ditambah lagi dengan kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ kami yakin dapat meraih kepercayaan lebih ramai wanita diluar sana,” kata Raja Mohd Nasrullah Haziq, Ketua Pegawai Eksekutif Edelsteen Sdn.Bhd.

Meeracle merupakan jenama kecantikan yang popular dengan produk daripada formula batu permata. Bermula dengan dua produk awesome mereka iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser ternyata berjaya menawan hati wanita di Malaysia.

tex_admin