Acara By: Fatin Nurain October 6, 2023 @ 4:20pm

The Redholah Anjur Teater Bangsawan Dang Anum 14 & 15 Oktober Ini!

Persatuan Seni & Budaya Redholah (The Redholah) bakal menganjurkan pementasan Teater Bangsawan Dang Anum melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , 14 dan 15 Oktober 2023.

Teater arahan Amirul Haswendy itu juga akan diadakan di Auditorium Bahagian Sektor Teknologi Pendidikan KPM, Bukit Kiara.

Menurut Amirul, pemilihan judul serta kisah Dang Anum dipilih untuk mengetengahkan nilai-nilai positif yang wujud kepada masyarakat.

Malah, tujuan pementasan teater ini dilakukan untuk dijadikan rujukan generasi hari ini, terutama kaum wanita yang menjadi mangsa keganasan untuk memperkasakan diri mereka di sebalik kisah malang Dang Anum dibunuh.

“Mereka yang pernah menonton kisah Dang Anum di filem seperti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang tahun (1961) atau Dang Anom (1962) pasti tahu, kisah Dang Anom yang menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia.

“Dari situ, kita sedar isu keganasan terhadap wanita bukan perkara baru. Oleh itu, kesedaran demi kesedaran perlu diteruskan melalui semua medium yang ada

“Wanita adalah tonggak keluarga dan masyarakat. Mereka adalah ibu, kakak, adik, saudara dan rakan kita. Pengorbanan mereka tidak terbatas di dalam keluarga sahaja, malah menjangkau semua sudut pembangunan sosio ekonomi, masyarakat, agama dan budaya,” katanya.

Dalam pada itu, Amirul turut menyatakan dia turut memilih barisan pelakon yang berpengalaman untuk kisah bangsawan ini

Antara barisan pelakon tempatan yang terlibat ialah Ain Sufia, Ammar Titan, Adam Shahz dan Along Eyzendy.

“Sejujurnya, latihan teater ini dilakukan dalam jangka masa yang sangat singkat yakni kurang dua minggu sahaja. Jadi pemilihan pelakon perlulah berdasarkan keupayaan dan pengalaman mereka yang luas dalam seni lakon teater.

“Pun begitu, sesi ujibakat turut diadakan secara atas talian dan bersemuka bagi memberi peluang bakat-bakat baru untuk mengasah bakat mereka di pentas teater bangsawan,” katanya.

Selain pelakon tempatan yang dipilih, teater Bangsawan Dang Anum turut menampilkan pelakon teater berpengalaman seperti Md. Hussin, Shareezwan, Azhar Jalil, Lizart Rashid, Myza Alid, Eyza Shariff, dan penampilan khas, Prof. Madya Dr. Muhammad Fazli Taib, Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 10 Feb 2020
Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Fri, 13 Sep 2019

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Mandian anda pasti akan lebih sempurna

Acara Tue, 2 Oct 2018

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang banyak hadiah awesome yang para pengunjung menangi!

Acara Fri, 8 Apr 2022

“Saya Tak Nak Terima Sebab Bayaran Sahaja… Soal Duit Dah Jatuh No 10” – Rita Sosilawati

Sempena kedatangan Ramadan, rezeki usahawan kosmetik ternama, Datin Rita Sosilawati untuk dilantik sebagai duta datang tanpa diduga. Kini dilantik menjadi jurucakap produk barangan elektrik, ESH Electrical Sdn. Bhd. untuk kempen Ramadan dan Syawal ini, Rita […]

Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Mon, 7 Oct 2019
Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Wed, 4 Oct 2023