Acara By: Ad Ops September 19, 2019 @ 9:17am

Gandingan julung kali Datuk AC Mizal & Elly Mazlein hangatkan pentas ABPBH 32

Debaran malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) kian terasa. Selain calon Top 5 yang berdebar menunggu keputusan pada malam tersebut, dua figura seni Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein juga turut berdebar menanti malam anugerah berprestij itu.

ac mizal dan elly mazlein hos abpbh 32

Gandingan julung kali Datuk AC Mizal bersama Elly Mazlein di pentas ABPBH 32. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Mana tidaknya, kedua-dua mereka diberi tanggungjawab besar untuk memikul tugas sebagai pengacara bagi malam kemuncak yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan.

Biarpun ini merupakan kali pertama kedua-dua mereka mengemudikan anugerah anjuran akhbar Berita Harian itu, namun gandingan Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein dianggap tepat kerana pemilihan mereka dibuat berdasarkan kredibiliti serta keampuhan bakat yang ada.

DAtuk AC Mizal pengacara ABPBH 32

Datuk AC Mizal bergambar selepas sidang media pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 32, di Balai Berita NSTP. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Nama Datuk AC Mizal di pentas pengacaraan tidak perlu dipertikaikan lagi. Artis versatil ini berpengalaman luas dalam bidang pengacaraan dan sudah mengendalikan banyak anugerah yang bersiaran secara langsung. Antara program yang pernah dikendalikannya ialah Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan Super Star dan banyak lagi.

Datuk AC juga pernah memenangi anugerah yang mengangkatnya sebagai pengacara termasuklah Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2015 dan 2016. Justeru, mengemudikan ABPBH 32 mungkin tidak menjadi satu masalah besar buat beliau.  \

elly mazlein hos abpbh 32

Elly Mazlein sahut cabaran dengan penuh teruja untuk mengemudikan malam kemuncak ABPBH 32. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE.

Biarpun tidak memiliki pengalaman seperti rakan pengacaranya, namun pengalaman Elly Mazlein mengendalikan program realiti Bintang Bersama Bintang, Mentor Otai dan Anugerah Skrin 2018 mungkin memberi kelebihan kepadanya untuk membawa kelainan dalam pengacaraan ABPBH 32.

Elly yang dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom mempunyai lenggok pengacaraan yang santai dan karakter yang bersahaja, justeru Elly berpotensi menghidupkan lagi suasana dramatik pada malam kemuncak nanti.

Mampukah Elly Mazlein dan Datuk AC Mizal mencipta keserasian di pentas ABPBH 32 sekali gus menyemarakkan lagi malam kemuncak pada 22 September ini?

datuk ac mizal dan elly mazlein hos abpbh 32

Gandingan Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein hangatkan ABPBH 32. Foto: NSTP/AZIAH AZMEE

Sama-sama kita nantikan ABPBH 32 yang bakal dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Acara paling gemilang dan berprestij di negara ini mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori ’Online’, iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Aug 2019
Featured Fri, 9 Sep 2022
Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Featured Fri, 4 Nov 2022

Hadiahkan Gelang Tangan Emas, Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan Pengasuh Anak

Pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada pengasuh dan penjaga anak-anaknya, Asra Syafikah. Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Niena bersyukur dikurniakan penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga anak-anak. @nienabaharun.nb Perpisahan […]

Events Thu, 8 Dec 2022

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos […]

Featured Mon, 16 Jan 2023

Donnie Yen Gembira Pelakon Asia Mula Diiktiraf Di Hollywood – “Ia Melibatkan Bakat Dan Bukan…”

Bakat pelakon Asia pun dah setaraf global! Jangan lupa tengok filem baru Donnie Yen, Sakra

Featured Wed, 22 Apr 2020

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Permohonan boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia