Euforia Bola 2026
Events By: Halimey Zamal December 8, 2022 @ 5:56pm

Lebih Dekat Dengan Arwah Ibu, Sheila Majid Akui Pandemik Covid-19 Beri Hikmah

Penyanyi tersohor, Datuk Sheila Majid memberitahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buatnya kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama arwah ibu tercinta, Datuk Paduka Saadiah Adam yang meninggal dunia pada 1 Ogos 2020.

Menurut Sheila, dia sering berdoa agar diberikan kelapangan masa untuk menjaga ibunya sendiri kerana dia jarang mendapat kesempatan itu akibat kekangan karier yang membatasi segalanya.

“Tuhan menjawab doa saya ketika Covid-19 hadir. Kita semua tak boleh keluar ke mana-mana semenjak Mac 2020. Saya hanya berada di rumah dan menjaga ibu yang pergi pada Ogos 2020.

“Jadi, saya dapat masa yang penuh bermakna untuk menjaga ibu saya. Sejujurnya, saya rasa berpuas hati kerana sebelum ibu saya meninggal dunia, saya dapat tumpukan fokus selama lima bulan untuk menguruskan cinta hati saya,” katanya kepada XTRA.

Tambah Sheila, dia bersyukur dan melihat Covid-19 memberikan sesuatu yang berbeza terhadap dirinya.

“Saya dapat memberikan yang terbaik. Sebelum ini saya sering sibuk dan ada kekangan masa, sewaktu lima bulan itu, saya dapat mandikan ibu, menjaganya dan memberikan dia makan. Selepas ibu meninggal dunia, saya juga berkesempatan memandikan jenazah.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Allah berikan saya masa untuk bersama ibu dan dapat memberikan sepenuh fokus untuk menjaga ibu sewaktu pandemik melanda dunia,” katanya.

Sheila ditemui oleh XTRA di sidang media Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 di Le Meridien, Petaling Jaya, semalam.

Konsert yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 18 Mac tahun hadapan itu bakal menjadi pengubat rindu peminat Ratu Jazz negara ini.

Tiket Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 boleh dibeli dengan harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP) menerusi www.jiobuddy.asia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Dec 2021

“019 & 016 Je Beza” – Diserang Kerana Mempunyai Nombor Telefon Serupa Milik Pembuli MRSM, Mangsa Buat Laporan Polis

Baru-baru ini, tular tangkap layar perbualan WhatsApp melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Pelajar-pelajar yang membuli rakannya itu memohon maaf kepada ibu bapa mangsa kerana membuli anak mereka.   […]

Trending Thu, 8 Jul 2021

Kadar Faedah Pinjaman Dikekalkan – BNM

Diharap ekonomi global terus kukuh!

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Thu, 14 May 2026

“Bila Suami Tak Mampu Berikan Apa Yang Saya Mahu, Saya Mula Pandang Rendah Terhadapnya” – Reen Rahim

Kata Reen, dia pernah membiarkan perasaan ego memakan dirinya sendiri ketika lebih berjaya dari suaminya

Featured Wed, 28 Jun 2023
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Fri, 23 May 2025
Trending Tue, 1 Dec 2020
Featured Wed, 1 Apr 2020
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
error: Content is protected !!