Featured By: Shaidah Shafie April 22, 2020 @ 4:58pm

Mohon kepada PDRM untuk balik ke rumah dari kampung

Orang ramai yang terkandas di kampung dan mahu pulang ke rumah masing-masing perlu membuat permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi aplikasi Gerak Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau di balai polis berdekatan bagi yang tidak mempunyai telefon mulai 24 April ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini. Foto: NSTP/Mohd Huzaini Daud.

Bagaimanapun, katanya, cadangan berkenaan masih pada peringkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika diluluskan, pihaknya menjangkakan pergerakan seawal 1 Mei 2020.

“Kerajaan memahami rintihan rakyat yang sudah lebih sebulan berada di kampung untuk kembali ke kediaman masing-masing kerana bimbang akan keadaan rumah yang ditinggalkan.

“Oleh itu, untuk peringkat awal bagi sesiapa yang ingin pulang ke rumah atau ke tempat kerja, mereka perlu membuat permohonan secara dalam talian iaitu melalui Aplikasi Gerak Malaysia mulai 24 April atau membuat janji temu dengan balai polis berdekatan sekiranya tidak mempunyai telefon,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Laporkan kepada pihak polis jika ingin membuat pergerakan rentas negeri – gambar hiasan. Foto: NSTP/Mikail Ong.

Aplikasi Gerak Malaysia adalah kolaborasi antara PDRM dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan memantau jumlah dan pergerakan rakyat yang mahu pulang ke rumah masing-masing.

Sebelum ini, Kerajaan turut mengumumkan sedang memperhalusi cadangan untuk memberi kelonggaran kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing.

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), usah keluar jika tiada urusan penting – gambar hiasan. Foto: NSTP/Saddam Yusoff.

Beliau berkata, bagi membuat permohonan itu pemohon perlu memberikan maklumat terperinci supaya memudahkan pihak berkuasa mengesan pergerakan masyarakat sebagai antara usaha membendung penularan wabak COVID-19.

“Pemohon perlu memaklumkan nama, berapa ahli keluarga yang ikut serta, dari kampung mana sekiranya mahu pulang ke ibu kota atau sebaliknya.

“Langkah ini dilakukan bagi mendapatkan maklumat terperinci supaya Kerajaan boleh membandingkan adakah mereka daripada Zon Merah atau Zon Hijau,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Mar 2021
Featured Wed, 7 Mar 2018

Ramai Nak Tahu Status Ziana Zain Selepas Suaminya Didakwa, Adakah Mereka Akan Bercerai?

Melihat ketegangan rumah tangga Ziana dan Armin ketika ini, ramai menjangkakan pasangan ini akan membawa haluan masing-masing, terutamanya jika Armin gagal menang kes.

Featured Wed, 17 Nov 2021

“Takut Anak Hidup Susah” – Lelaki Sebak Lamaran Ditolak Kerana Harta & Kerja

Sebuah klip video memaparkan seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hati tidak kesampaian. Lebih menyayat hati apabila ibu bapa wanita itu dipercayai memilih seseorang yang bekerjaya daripada memilih keikhlasan hati […]

Featured Fri, 9 Sep 2022