Categories: Acara

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Apa plan anda untuk hujung minggu ini? Bagi anda, terutamanya orang JB, yang masih belum ada sebarang perancangan, apa kata anda kunjungi Karnival Jom Heboh (KJH)?

Acara keramaian popular anjuran Media Prima Berhad kali ini akan diadakan di perkarangan Angsana Johor Bahru Mall pada 26 dan 27 Oktober, bermula 10 pagi sehingga 11 malam.

Jika anda pernah singgah sebelum ini di lokasi lain, anda mesti tahu yang ada pelbagai jenis aktiviti menarik yang menanti pengunjung, tidak kira usia.

Salah satu tarikan utama di acara KJH adalah penampilan artis dan selebriti terkenal tanah air yang akan menemui peminat. Ramai yang ada, jadi anda tak patut lepaskan peluang ini!

Di KJH juga, bermacam-macam syarikat perniagaan menawarkan promosi-promosi hebat untuk produk mereka yang tak mungkin anda dapat di tempat lain.

Selain itu, Hijab & Heels, sebuah portal gaya hidup di bawah Kumpulan New Straits Times, juga akan membuka booth di sana!

Anda boleh mendapatkan barangan eksklusif Hijab & Heels yang tak dijual di mana-mana di Malaysia ini, seperti T-shirt, cap dan botol air. Pada masa yang sama, anda juga boleh memenangi hadiah cenderahati Hijab & Heels di booth ini.

Selain itu, para pengunjung bukan saja boleh memenangi hadiah eksklusif dari Hijab & Heels melalui pertandingan dan permainan yang disediakan (alaa, simple-simple saja!).

Mereka juga boleh belajar dan mendapatkan tip-tip tentang fesyen dan makeup daripada pakar-pakar industri yang Hijab & Heels bawakan khas.

Antaranya adalah Syifa Melvin (yang juga merupakan hos utama di booth Hijab & Heels) dan Yuni Zolbahrem. Ada sesi ramah mesra dengan wanita-wanita instafamous ini!

Sementara itu, games yang akan diadakan adalah Imbang Bulu Tangkis (balance bulu tangkis paling lama, Siapa Cepat Dia Menang (bawakan barang milik anda yang disebut dengan cepat) dan Samyang Challenge (siapa habiskan ramen Samyang dengan cepat, dia menang).

Pertandingan pula ada dua, iaitu Makeup Couple dan Hijab Styling. Untuk Makeup Couple, anda perlu pakaikan makeup pada muka pasangan anda sambil mata anda ditutup dengan kain.

Untuk Hijab Styling pula, anda perlu pakaikan hijab dengan gaya yang paling menarik dan unik.

Jangan risau! Untuk setiap game dan pertandingan, anda takkan pulang dengan tangan kosong.

Sementara itu, Hijab & Heels juga akan mengadakan beberapa demo dan tutorial fesyen serta kecantikan. Syifa dan Yuni akan menunjukkan cara-cara memakai makeup dan hijab pada kedua-dua hari KJH berlangsung.

Wakil daripada butik muslimah Ummiriaz pula akan berkongsi tip fesyen untuk setiap jenis bentuk badan, serta lakukan tutorial makeup dan hijab.

Ada juga segmen Hijab & Heels Styling, di mana anda boleh belajar bagaimana untuk memadankan T-shirt Hijab & Heels dengan item pakaian lain.

Menarik, kan? Ada banyak info yang anda boleh manfaatkan dan yang penting, banyak hadiah untuk dimenangi!

Jadi jika anda ada masa terluang pada hari Jumaat dan Sabtu ini, jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels di Karnival Jom Heboh, ya! Jumpa di sana!

Ad Ops