Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi dangdut popular, Mas Idayu kini berada di Jakarta bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengkritik tetap program D’Academy Asia (DAA)

Untuk musim keempat ini, seramai enam penyanyi mewakili Malaysia iaitu Sarah Fazny, Fauziah Gambus, Tyka, Zam Ryzam dan Ariff Adli.

Semalam, Mas Idayu atau lebih mesra disapa sebagai Mummy turut memeriahkan pentas DAA dengan persembahan bersama kesemu peserta dari Malaysia.

Di pentas berskala besar itu, Mummy dan enam peserta wakil Malaysia itu turut mendendangkan lagu Nirmala sebagai tribute buat Allahyarham Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain.

Namun begitu, Mas Idayu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu cukup ‘berhantu’ sekitar tahun 2002.

Lagu Nirmala ciptaan asal Allahyarham Pak Ngah dan Cekem ini dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin. 

Difahamkan, Mummy antara kenalan rapat Allahyarham sejak dahulu lagi. 

Menerusi Instagram Mas Idayu beberapa minggu lalu, penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham.

“Pak Ngah sentiasa berada dekat dengan kami. Pak Ngah suka makan mommy masak. 

“ Kami akan rindu gelak tawa Pak Ngah, semoga keluarga Pak Ngah semua bertabah hati. Alfatihah buat ayahanda Pak Ngah,” luahnya.

SGMS Faida