Euforia Bola 2026
Selebriti By: Fatin Nurain May 1, 2022 @ 10:58pm

Aeril Zafrel Sebak Dan Menggigil, Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Mewah!

Pelakon Aeril Zafrel sebak dan menggigil ketika mendapat kejutan hadiah kereta mewah Lamborghini Aventador, daripada isterinya, Wawa Zainal.

Menurut Aeril, dia sama sekali tidak menyangka Wawa menghadiahkan kereta itu.

“Saya memang tak tahu dia beli. Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya.

Pada mulanya, Aeril beranggapan kejutan diberikan Wawa itu adalah sekadar untuk disewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

“Sebak bila dapat hadiah. Selepas saya pandu, Wawa bagi geran. Pada mulanya saya ingat kereta sewa. Sebab ada juga kawan kami yang jenis sewa.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa tak sangka,” katanya.

Aeril berkata, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan dan memang inginkan warna kuning.

Menerusi perkongsian di Instagram Wawa, hadiah itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan dibuat Aeril selama ini.

“Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau dibandingkan dengan segala pengorbanan yang kau buat untuk keluarga kita selama ini.

“Hampir enam tahun bisnes, saya rasa ini masa untuk ‘reward’ Aeril dengan benda yang dia idamkan selama ini. Dia lah tulang belakang di setiap kejayaan saya. Terima kasih sayang untuk segalanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

IKAT JAMIN RM12K, FARID KAMIL BEBAS!

Pelakon berusia 37 tahun ini telah dibebaskan selepas ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan sejak khamis lalu

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

计春华57岁病逝!

中国著名武术影视演员计春华11日上午惊传病逝,享年57岁,震惊中港台演艺圈!

Trending Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Wed, 22 Oct 2025
Featured Thu, 31 May 2018
error: Content is protected !!