Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 6, 2019 @ 6:52am

Terharu Diberi Penghormatan, Aizat Amdan Serikan Konsert Jason Mraz!

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan diberi penghormatan membuka tirai konsert penyanyi antarabangsa, Jason Mraz yang bakal berlangsung pada 13 Mei 2019 ini di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert “Good Vibes Tour 2019” itu merupakan salah satu hentian konsert jelajah Asia Jason Marz.

Aizat yang diberi  peluang beraksi di segmen pembukaan konsert tersebut menyifatkan ia satu penghormatan besar buatnya untuk berkongsi pentas sama dengan pemenang Grammy yang pernah menjadi fenomena pop global menerusi hits klasiknya ‘I’m Yours’.

“Saya berasa amat bersyukur diberikan peluang ini. Dipilih untuk membuat persembahan pembukaan dan memanaskan pentas untuk salah satu penyanyi dan komposer berbakat di dunia, merupakan suatu kejayaan peribadi saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik. Saya berharap agar kami boleh bekerjasama di masa hadapan“, tambah Aizat yang mula mencipta nama sejak kejayaan besar album debutnya ‘Percubaan Pertama’ pada tahun 2008.

Aizat sebelum ini pernah popular dengan lagu hitsnya ‘Pergi’, ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Susun Silangkata’, ‘Sungai Lui’ dan ‘Kau Aku’.

Tahun lepas, beliau menerbitkan lagu yang dirakam dalam dua bahasa iaitu ‘Sampai Ke Hari Tua’ dan juga lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang merupakan sebuah lagu penghormatan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Penyanyi dan komposer berbakat yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini, turut menyumbang dan menghasilkan lagu untuk artis tempatan antaranya Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza.

Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, karya Aizat bukan sahaja berjaya menakluki gelombang radio tempatan malah berjaya mencapai jutaan strim di kesemua pelantar media digital popular.

Terkini, Aizat telah melancarkan lagu terbaharunya ‘Angin Lalu’ pada 26 April lalu yang boleh didapati di kesemua pelantar digital.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Tue, 2 May 2023
Automobile Tue, 24 Dec 2019
Filem Mon, 18 May 2026

Trailer ‘Polong’ Buat Netizen Tak Senang Duduk, Ramai Akui Meremang!

Antara komen yang paling mencuri perhatian apabila ada netizen menyifatkan Polong sebagai filem yang wajib ditonton tahun ini. Malah, ramai juga mengakui trailer rasmi filem berkenaan sudah cukup membuatkan mereka rasa terganggu dan tidak senang duduk.

Featured Tue, 24 Feb 2026

“Makhraj Semua Cantik” – Netizen Puji Bacaan Al-Quran Syafinaz Selamat

Penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat menyorot perhatian ramai apabila bacaan al-Quran menerusi surah Al-Mulk yang tular di media sosial baru-baru ini menerima respons positif dalalam kalangan warganet.

Cahaya Mata Fri, 23 Sep 2022

“Fatima Pernah Cakap Nak Baby” – Fattah Amin Bersedia Untuk Anak Kedua

Wahh tak lama lagi dapat adik lah Fatima! Mesti comel 😍🙈

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Park Shin Hye And Choi Tae Joon Confirmed To Be Dating!

Park Shin Hye and Choi Tae Joon are the hottest and newest star couple in Korea.

error: Content is protected !!