Euforia Bola 2026
familuv By: Halimey Zamal November 30, 2022 @ 10:11am

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu.

@syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, ter menangis jugak #syifawi #syifamelvin #safawirasid29 ♬ original sound – Syida Melvin

Menerusi video yang dimuat naik oleh Syida sendiri di laman TikTok, dia sebak ketika memberikan ucapan di hari bahagia Syifa kerana mengenangkan kenangan bersama kakaknya sewaktu masih belum mendirikan rumah tangga.

“Semoga bersabar, wedding aku hang tak nangis kan?

“Kenapa aku nangis kat wedding hang, lepas ni dah tiada mesej-mesej Joyah hang kat mana? Dulu free sikit je, mesti jom singgang, jom teman aku ambil tu ambil ni.” ucapnya.

Sementara itu, Syida juga akui yang dirinya tidak mampu menahan sebak apabila melihat kakaknya itu sudah menjadi milik orang.

“Haihhh dah tahan lama dah, tak nak nangis. Tapi ternangis juga!” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya juga turut sebak mendegar ucapan yang disampaikan oleh Syida buat Syifa itu.

“Nangis sebab dia tahu dugaan Syifa nak sampai ke tahap ini bukan kaleng-kaleng.” tulis netizen.

Syifa telah diijabkabulkan bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 28 November 2022.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Nov 2018

Exam Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan Bermula Tahun 2019

Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan pentaksiran.

Trending Sat, 6 Jul 2019

Terkena Bom Ikan Di Semporna, 2 Maut

Dua Pelancong Dan Penyelam Skuba Maut Disyaki Terkena Bom Ikan Di Semporna

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Thu, 9 May 2019
Hiburan Tue, 15 Apr 2025

Syazwan Zulkifly Kembali Bertaut Cinta Dengan Bekas Tunang, Rancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini

Syazwan Zulkifly kembali bertaut dengan bekas tunang, kekasih serasi dengan arwah ibu

Hiburan Mon, 19 Sep 2022

Liza Hanim Bakal Duet Dengan Siti Nurhaliza?

Tak sabar kalau Liza Hanim duet Siti Nurhaliza lagi!!

Trending Mon, 15 Oct 2018
error: Content is protected !!