Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 28, 2023 @ 11:26am

Alya Iman Syukur Rezeki Bertambah Biarpun Berimej Baru

Pelakon Alya Iman tampil meluahkan rasa syukur dirinya kini sudah kembali aktif berlakon untuk beberapa drama biarpun dengan imej baru.

Menurut Alya, pada awalnya karier lakonannya agak terkesan selepas nekad membuka hijab pada Syawal lalu.

Bahkan, Alya juga sering menerima pelbagai tohmahan dari netizen sehingga melibatkan arwah bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Terima Kecaman Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik – “Jika Nak Salahkan Saya, Silakan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan ‘Free Hair’ Alya Iman Kejutkan Aidilfitri Netizen – “Iman Tak Boleh Diwarisi”

“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi sekarang ni saya memang back to back dengan shooting, photoshoot, event dan kempen.

“Pada mulanya memang terkesan tapi saya percaya rezeki tu di tangan Tuhan dan saya lega bila karier saya makin strong.

“Bila buat keputusan untuk berimej baru ni, sudah tentu saya pernah ada rasa takut tentang perkara itu sebab itu adalah kerja kita. Saya tak menyesal cuma down dan depress tapi sekejap je,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Alya ketika ditemui di majlis pelancaran Anugerah Telenovela Ke-9, Rabu lalu.

Alya Iman muncul di Majlis Pelancaran Telenovela Ke-9 bersama abang tersayang.

Dalam pada itu, Alya turut berkongsi bahawa dirinya kerap membaca komen yang dilemparkan oleh netizen biarpun sudah dilarang oleh orang disekelilingnya.

Namun, pelakon jelita itu menyatakan dirinya sudah lali kerana sedar dengan impaknya selepas tampil dengan imej terkininya.

“Ramai orang cakap jangan baca komen tapi saya baca juga. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali. Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Dec 2019
Featured Wed, 11 Jan 2023

Syamsul Yusof Buka Mulut Isu Bernikah Dengan Ira Kazar, Dedah Sebab Tak Minta Izin Isteri Pertama – “Tak Mudah Untuk Terima, Beri Saya Peluang…”

Jatuh cinta pada Ira Kazar atau berkahwin kerana berkemampuan? 🤔 ‘Saya berserah, yang penting bersyukur dah sah’ – SY

Featured Thu, 7 Jul 2022

“Kalau Dah Bernafsu, Berdiri Tegak Pun Nampak Ghairah…” – Beby Acha Akui Susah Nak Tutup Mulut Netizen

Tarian gelek sangat sinonim dengan penyanyi dangdut sehinggakan ada segelintir masyarakat yang menganggap ia mampu mendatangkan perasaan ghairah dalam kalangan penonton. Namun, menurut penyanyi Beby Acha atau nama sebenarnya, Nur Aishah Md Shari, 31, perkara […]

Featured Tue, 12 Nov 2024

Fattah Amin Kongsi Video Bersama Fatima, Warganet Titip Doa Terbaik – “Daddy Tak Kisah Dukung Awak…”

Fattah Amin sekali dilihat seakan meluahkan perasaannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Sat, 28 Dec 2024
Hiburan Sat, 24 Mar 2018

邓紫棋「15秒真假音转换」重现《还珠格格》片尾曲

经典电视剧《还珠格格》开播至今已经20年,无论是剧中角色或原声带,都让观众回味无穷,大家还记得片尾曲《雨蝶》吗?原唱李翊君的独特唱腔,诠释出最坚强的温柔,事隔多年,邓紫棋和张靓颖重现这首歌,刷新了该曲给人的印象。

error: Content is protected !!