Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 21, 2021 @ 10:16pm

Anda Berbakat Dalam Lakonan Dan Ingin Dilabel The Next Zul Ariffin? Jom Sertai Ujibakat Fit For Action

Dah selalu buat video Tiktok tapi tak ramai yang tengok? Ingin mencuba nasib dan serlahkan bakat terpendam korang?

Buat korang yang berangan- angan untuk menjadi bintang filem aksi seperti Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen korang boleh ujibakat FIT FOR ACTION yang sedang berlangsung di platform media sosial sekarang.

FIT FOR ACTION ini merupakan program realiti terbaharu TV3 dan akan disiarkan pada bulan Ogos tidak lama lagi.

 

Program realiti ini bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 12 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan.

Apa yang paling menarik korang akan berpeluang untuk menyandang watak

dalam filem aksi terbitan Grand Brilliance.

So apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35

tahun.

Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut:

Muat naik video lakonan anda sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 30 Mei 2021.

Sila pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum. Pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Oct 2022
Trending Tue, 28 Jul 2020

Dr Noor Hisham Luah Rasa Kecewa Dengan Penyokong Najib

Perhatian buat seluruh rakyat Malaysia!

Trending Thu, 23 Apr 2020
Featured Thu, 26 Jun 2025

“Jangan Cuba Main Api, Ini Bahaya” – Komposer & Penerbit Pertikai Penganjuran Konsert 4U2C

Man Senoi dan isterinya terbuka untuk sebarang perbincangan lanjut.

Featured Thu, 22 Dec 2022
Trending Thu, 13 Feb 2020
Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Mon, 6 Aug 2018

Ubat Gigi Penyebab Diabetes. Betul Ke?

Titanium dioksida bahan penyebab diabetes jenis kedua.

error: Content is protected !!