Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 11, 2019 @ 10:00am

Anda suka melengahkan kerja? Inilah akibatnya terhadap badan dan minda anda

Semua orang mesti pernah melengah atau melambat-lambatkan kerja, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Tetapi ada sebahagian masyarakat yang akan cuba melengah-lengah selagi boleh. Mereka mungkin menganggap sikap berkenaan bukan satu masalah yang besar.

Sebenarnya, sikap suka melengah-lengahkan kerja itu jika sampai ke tahap kronik, boleh menjejaskan prestasi badan dan minda pada kadar yang lebih teruk daripada yang disangka.

Apabila seseorang itu memilih untuk menonton televisyen daripada mencuci pakaian atau pinggan mangkuk, dia sebenarnya melancarkan satu pergaduhan hebat dalam mindanya.

Dalam otak, terdapat bahagian depan (korteks prefrontal) yang menetapkan matlamat jangka panjang dan mengawal selia ketahanan diri. Bahagian terbabit memberitahu anda yang pinggan dan pakaian itu tidak akan dicuci dengan sendirinya.

Satu lagi bahagian otak pula dipanggil sistem limbik bagi menangani perasaan seronok yang anda alami. Ia memberitahu anda, “Cuci pinggan? Tak seronok langsung! Lebih baik anda buat perkara lain.”

Sikap melengahkan kerja ini memang menyeronokkan, itulah sebabnya anda melakukannya, namun keadaan itu tidak semestinya baik untuk anda.

Foto: Trello Blog

Beberapa kajian menunjukkan pelajar kolej yang gemar melengahkan sesuatu kerja mempunyai markah purata nilai gred (GPA) yang lebih rendah pada semester terakhir berbanding pelajar yang gemar melakukan kerja dengan segera.

Kajian itu juga menunjukkan mereka bersikap negatif itu lebih berkemungkinan untuk sakit.

Menurut kajian lain pula, seseorang yang kerap melengahkan kerja akan rasa bersalah dan tertekan pada kadar yang lebih tinggi kerana mereka memilih untuk menunda kerja.

Penyelidik juga menemui perkaitan antara tabiat itu dengan tahap keyakinan dan kadar tenaga yang rendah selain boleh mengalami kemurungan!

Dalam kata lain, hidup mereka akan lebih baik jika mereka memilih untuk ‘mendengar kata korteks prefrontal’.
Seseorang itu mungkin berasa yang beliau dapat bekerja dengan lebih baik apabila diberi tekanan dari segi masa.

Malangnya, setakat ini belum ada lagi kajian yang menyokong pendapat bahawa sikap melengahkan kerja membawa kebaikan kepada seseorang itu.

Foto: Tech Insider

Bagaimanapun, hasil kajian mendapati sikap ini boleh diperbaiki. Seseorang yang melihat sesuatu tugas itu boleh memberi kelainan yang besar dalam hidupnya akan cuba berubah.

Tugas seperti mengumpul wang untuk hari tua, umpamanya, tampak sangat abstrak. Anda boleh memulakannya pada bila-bila masa sahaja, jadi anda tidak akan tergerak hati untuk memulakannya.

Mentaliti seperti inilah yang akan menyebabkan anda berasa seperti hendak melengahkan kerja, sebaik-baiknya anda perlu menjadikan tugas itu lebih konkrit di dalam minda.

Contohnya, sebuah kajian yang dilakukan pada 2011 menunjukkan responden yang diberi gambaran mengenai hidup mereka selepas pencen lebih berkemungkinan untuk menyimpan wang bagi hari tua, berbanding mereka yang tidak diberi sebarang gambaran.

Imej berkenaan adalah sesuatu yang ketara, jadi ia meninggalkan kesan yang lebih kuat akan masa depan mereka.

Foto: Gizmodo

Kesimpulannya, sikap melengahkan kerja itu adalah sesuatu yang tidak sihat, justeru lebih baik anda melakukan tugasan anda secepat mungkin.
Mungkin kenikmatan menonton televisyen menjadi lebih tinggi apabila semua tugas sudah diselesaikan!

Sumber: Tech Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Featured Wed, 22 Jan 2025

“Bertiga Sementara, Bocey Selamanya” – Achey

Achey mengambil kesempatan memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

Featured Tue, 14 Oct 2025

Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”

Kata Abby, kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada penyanyi itu sarat dengan peringatan yang hebat.

familuv Fri, 13 Mar 2020

Elak anak jadi ‘penagih’ sejak kecil!

Jangan biarkan gajet musnahkan masa depan anak.

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

error: Content is protected !!