Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir July 14, 2023 @ 4:40pm

Anna Jobling Akhirnya Memiliki Lesen Memandu Selepas 2 Tahun, Siap Raikan Dengan Kek! – “Rasa Seperti Dah Dewasa…”

Pelakon Anna Jobling meraikan majlis memotong kek berhuruf ‘P’ sebagai simbolik memiliki lesen memandu yang diperolehinya, semalam.

Menurut Anna, perancangan untuk menduduki ujian lesen memandu tertangguh gara-gara jadualnya yang padat terpaksa membawa kepada dua tahun penantian.

“Saya memang dah lama merancang nak ambil ujian lesen memandu. Memandangkan saya memang mahu memandu dan memiliki kereta sendiri, tapi itulah, dua tahun baru ada masa,” jelasnya.

Tambahnya, mungkin bagi setengah pihak, memiliki lesen memandu hanya perkara biasa namun dia meraikannya kerana ia adalah simbolik kepada hidup berdikari.

“Bagi orang lain mungkin ia perkara biasa yang tak perlu dihebahkan. Tapi bagi saya ia sangat bermakna apatah lagi saya telah lama menantikannya.

“Rasa seperti dah dewasa pulak boleh memandu sendiri. Sebelum ini saya sentiasa ditemani ibu atau pengurus”, ujarnya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Anna yang tercalon dalam Top 5 bagi tiga kategori di ABPBH teruja menantikan hari berlangsungnya anugerah itu.

“Siapa yang tak mahu menang kan? Bagi Anna ini semua untuk peminat yang tak putus-putus menyokong Anna sejak dari awal.

“Pertama kali tercalon, jadi Anna nak bersiap cantik-cantik nanti. Ini semua untuk peminat,” kata Anna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Sep 2024

Henti Spekulasi Isu Rumah Tangga Fazura, Fattah – Pengurus

Jadi, faham-faham lah ek wahai netizen. Pengurus Fazura dah beri respons tu😪

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。

Trending Mon, 8 Feb 2021

“Beranganlah You Ni… Tak Sama Langsung” – Dikatakan Persis Jue Aziz, Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Seorang wanita menerima kecaman netizen selepas dikatakan mempunyai persamaan dengan pelakon Jue Aziz. Semalam, tular sebuah sedutan video di laman sosial Twitter yang memaparkan seorang wanita berniqab dan lebih mengejutkan, wanita berkenaan disapa dengan panggilan […]

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

「失控拔掉注射导管」2周2度住院!赛琳娜进精神病院

小天后赛琳娜(Selena Gomez)这阵子搬离洛杉矶,鲜少出席公开活动!没想到现在传出这2个礼拜内住院2次,最后一次更在医院情绪崩溃。

Trending Sun, 10 Jan 2021
Trending Tue, 22 Dec 2020
Hiburan Mon, 25 Nov 2019
error: Content is protected !!