Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin January 10, 2021 @ 12:00pm

Fitri Haris & Rabithah Tampil Single Terbaharu, Angkat Isu Kesihatan Mental

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan gandingan hebat bersama juara program nyanyian realiti berbayar musim kedua, Fitri Haris.

Tidak seperti karya-karya mereka terdahulu, Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik muda, Hasif Sazali kali ini memilih isu kesihatan mental sebagai mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini.

Malah, lagu Dalil Cinta juga antara yang trending sejak ianya dimuat naik menerusi platform rasmi Youtube mereka.

Masalah mental dikalangan remaja membimbangkan

Menurut Fitri Haris, trend peningkatan masalah kesihatan mental agak membimbangkan terutamanya apabila isu tersebut masih dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat di Malaysia.

“Sejak krisis pandemik covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala-gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.

“Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun baharu 2021” katanya

Tambahnya lagi, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu ‘Hatiku’ (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan.

Jadi, buat peminat Kumpulan Rabithah dan Fitri Haris, bolehlah mendengarkan lagu Dalil Cinta di platform YouTube rasmi Tarbiah Sentap Official.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Mon, 23 Oct 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Thu, 12 Jun 2025

BAALE Bakal Gegarkan Zepp KL Buat Pertama Kali Menerusi Konsert FORTUNA

Peminat muzik alternatif di Malaysia bakal menyaksikan kehadiran BAALE, alter ego muzik bintang Indonesia, Iqbaal Ramadhan menerusi konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur.

Featured Sat, 1 Oct 2022

Disahkan Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru, Pelakon Veteran Hisham Ahmad Tajuddin Kritikal & Ditidurkan

Semoga diberikan kesembuhan segera buat pelakon Hisham Ahmad Tajuddin aamiin

Hiburan Tue, 21 Jun 2022
Trending Mon, 22 Jan 2018

收到新人宝可梦RPG喜帖 好友「我接受你们的挑战!」

曾经红极一时,大街小巷人人都在抓宝的《精灵宝可梦》,现在……还是很红啦!网络流传着日本一对死忠的宝可梦玩家准备要结婚了,于是他们的喜帖特别精心设计,当然也跟宝可梦脱离不了关系。

Hiburan Thu, 20 Jun 2024
error: Content is protected !!