Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 28, 2025 @ 12:11pm

Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Dapat Baby Girl! Jantina Anak Ketiga Diketahui Saat Gender Reveal – “Kami Ingatkan Lelaki… Banyak Beli Barang Warna Biru”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengesahkan bakal menimang cahaya mata ketiga apabila mengumumkan kandungan terbaharunya adalah bayi perempuan.

Pengumuman itu dibuat menerusi majlis istimewa bertemakan The Ultimate Triple Drop yang berlangsung di The Journal Hotel, Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Majlis berkenaan menjadi tumpuan apabila pendedahan jantina bayi turut digabungkan dengan dua agenda lain iaitu sambutan hari kelahiran anak kedua pasangan itu, Aali Mateen, serta pelancaran muzik video bagi lagu baharu Ayda berjudul Kentoot.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkongsi, dia dan suami pada awalnya menjangkakan bayi lelaki, malah persiapan awal juga dibuat ke arah itu.

“Terima kasih atas doa dan kata-kata baik semua. Kami ingatkan baby lelaki, siap beli katil bayi dan barang-barang berwarna biru. Rupanya rezeki kali ini adik perempuan, Nayla memang menunggu,” kata Ayda kepada XTRA.

@xtra_my Wah, Meerqeen belanja 30 peminat bertuah, termasuk peminat dari Indonesia, Brunei & Singapura healing bercuti di Villa D' Acqua, Melaka… Hero kacak ni sempat belanja peminat nyanyi lagu Datuk Jamal Abdillah, Penghujung Rindu… Sedap suara Meerqeen 😍 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Sementara itu, suaminya, pengacara Nabil Mahir menjelaskan mereka sengaja memilih untuk tidak mengetahui jantina bayi sejak awal kehamilan kerana mahukan kejutan pada hari pendedahan.

“Sejak mula pemeriksaan, kami dah beritahu doktor kami tak mahu tahu jantina. Jadi hanya jururawat yang simpan maklumat itu dalam sampul. Semalam barulah kami dapat kepastian,” jelas Nabil sambil memohon orang ramai terus mendoakan kesejahteraan ibu dan bayi.

Nabil menambah, jantina bayi bukan isu utama buat keluarga mereka kerana fokus diberikan kepada keadaan kesihatan.

“Anak lelaki atau perempuan, yang penting semuanya sihat. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat. Nayla pula memang teringin adik perempuan, jadi rasa macam satu impian Nayla tercapai,” katanya.

Ayda turut mengakui kehamilan kali ini lebih mencabar berbanding sebelum ini sehingga menyebabkan dirinya cepat letih.

“Memang rasa penat sangat kali ini. Saya pun cepat tercungap. Kehamilan kali ini berbeza, mungkin faktor usia atau badan yang cepat letih,” katanya.

Ayda juga berkongsi, dia sering keliru dengan jangkaan sendiri kerana bentuk perut dan pengalaman mengidam membuatkan dia menyangka bayi lelaki, sementara anak sulung mereka, Ana Nayla, pula sudah lama menyuarakan hasrat untuk mempunyai “little sister”, siap mencadangkan panggilan untuk bayi itu.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ana Nayla serta Aali Mateen. Pasangan ini dijangka menyambut kelahiran anak ketiga pada penghujung Januari 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Feb 2026

“Mengapa Ada Hati Yang Begitu Busuk” – Kubur Arwah Akiko Ditabur Garam Kasar Akibat Perbuatan Khianat, Ridzokumura Terkilan

Ridzuan Ridzokumura meluahkan terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko, dipercayai menjadi mangsa perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.Ridzuan Ridzokumura meluahkan terkilan apabila pusara arwah isterinya, Akiko, dipercayai menjadi mangsa perbuatan khianat oleh individu tidak bertanggungjawab.

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

‘Anom Suraya’ Bukan Sekadar Drama, Daiyan Trisha Galas Legasi Karya Ibu

Anom Suraya akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di TV3

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Seriuslah…Ada Lagi Ke Filem Macam Ni Zaman Sekarang?

Tepuk dada tanya selera lah okay!

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Featured Tue, 8 Feb 2022
Hiburan Sat, 1 Dec 2018

Usop Terkejut Muzik Video Aku Yang Bersalah Dapat Sambutan Hangat

Minggu pertama klip video Aku Yang Bersalah ditayangkan, ia mendapat sejuta tontonan seterusnya mencatatkan peningkatan setiap minggu.

Trending Tue, 22 Jun 2021

“Jangan Letak Jangkaan, Mungkin Agak Kayu” – MK Ceburkan Diri Dalam Bidang Lakonan

Anggota kumpulan rap K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, kini melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Menurut MK, dia teruja menceburi cabang seni baru selain nyanyian dan baru sahaja menjalani penggambaran sebuah […]

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Bella Dally Bakal Jadi Ibu?

Kalau betul seperti apa yang ditunjukkan, Alhamdulillah!

error: Content is protected !!