Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 26, 2020 @ 9:37am

Bakat Baru Adam Kaktus Pertaruhkan Rama-Rama

New Southern Records Sdn Bhd (NSR) sering memperkenalkan bakat baharu dengan genre muzik yang berbeza buat pendengar muzik di Malaysia.

Kali ini, NSR membawakan Adam Kaktus yang baru sahaja meluncurkan single bertajuk Rama-Rama.

Melihat pada nama uniknya, Adam Kaktus, pasti ramai yang ingin mengetahui mengapa dia memilih nama itu sebagai nama pentasnya.

Menurut Adam, Kaktus sifatnya berduri di luar, tetapi isi dalamnya adalah lembut.

“Bukan itu sahaja, saya mendapat ilham untuk meletakkan nama Kaktus setelah mendengar lagu Jacques Dutronc – Les Cactus yang dinyanyikan semula oleh Last Shadow Puppets (Alex Turner side project).

“Kaktus juga boleh bertahan di padang pasir dengan jangka masa yang lama walaupun tiada air.

“Saya berharap saya mampu menjadi Kaktus, mampu bertahan dalam industri satu jangka masa yang panjang,” katanya yang mula meminati bidang muzik pada usia 14 tahun dengan memasuki beberapa pertandingan nyanyian.

Menurut Raja Muhammad Nazreen Raja Azahar, Pengurus A&R NSR, pemilihan Adam untuk menjalin kolaborasi adalah kerana karakter vokal dan keperibadiannya yang sangat unik.

“NSR juga ingin keluar dari zon selesa genre muzik dibawah naungan NSR. Muzik yang Adam bawa ini lebih ke arah muzik baru dan bagi NSR, Adam merupakan seorang streaming artist.

“Adam mempunyai pengikut dan peminatnya tersendiri dan bagi zaman perniagaan muzik era digital sekarang ini, Adam merupakan artis yang sangat releven untuk dipasarkan,” kata Nazreen.

Tambah pemilik nama Muhammad Adam Zawahir ini pula, lagu Rama-Rama menceritakan tentang seorang wanita berasal dari Singapura yang bekerja kuat setiap hari dia untuk menyara kehidupannya.

“Dia tidak memerlukan perhatian masyarakat kerana dia tahu dirinya mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri.

“Lagu yang menampilkan konsep Lo-fi / Bedroom Pop yang bermaksud sesebuah irama yang dihasilkan dengan menggunakan alatan muzik yang murah dan lagu yang dibuat dengan alatan yang mampu milik dan tidak menggunakan studio yang besar.

“Di luar negara, konsep sebegini sering mendapat tempat untuk penyanyi-penyanyi muda berkarya,” katanya.

Sebelum ini, graduan bidang Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini pernah muncul dengan 3 buah single.

Pertama, Adam tampil dengan lagu Sajak Cinta yang menampilkan genre indie pop. Kemudian, lagu kedua Adam adalah merupakan sekuel lagu pertama yang berjudul Sajak Curang.

Lagu tersebut membawa nuansa Doo Wop/Pop Yeh-Yeh dan lagu ketiga Adam yang bertajuk Dalam Tidurku pula membawa tema Pop Alternatif.

Melalui Rama-Rama, Adam berharap agar muziknya dapat diterima oleh pendengar-pendengar arus perdana dan seterusnya menjadi salah seorang penyanyi dan komposer yang disegani di Malaysia.

Rama-Rama boleh didengari disemua platform penstriman lagu dan saluran YouTube NSR.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Dec 2024
Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!

Featured Sat, 21 Jan 2023

Beli Barang Bundle Di Pasar Pagi, Netizen Suka Lihat Aliff Syukri Tidak Ujub & Riyak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dipuji waragenet kerana tidak riyak dengan hanya ‘shopping’ di pasar pagi. @aliffsyukriterlajaklarisCuti-cuti melayan anak-anak di pasar pagi ♬ original sound – Terlajaklaris Menerusi perkongsian Aliff, dia suka membeli barangan […]

Hiburan Thu, 22 Sep 2022

“Jangan Bangga Ada Pakwe Bukan Islam” – PU Syed Tegur Yazmin Aziz

PU Syed dah tegur dah tu.. Doakan yang baik-baik

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Nabila Razali Terima Permohonan Maaf Individu Gelar ‘Chipmunk’ Secara Berhadapan – “Mungkin Dia Terlalu Teruja Atau…”

Nabila Razali berkata, individu berkenaan menghubunginya melalui mesej peribadi selepas dia berkongsi pengalaman di Threads.

Featured Mon, 15 Feb 2021
error: Content is protected !!