Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 4, 2025 @ 1:25pm

Bakat Digilap Shiha Zikir, Penyanyi Baharu Akid Muiz Muncul Dengan Single Perit

Penyanyi baharu yang digilap bakat oleh Shiha Zikir Empire (SZE), Akid Muiz muncul dengan single pertama berjudul Perit.

Lagu bergenre balada itu ditulis oleh pengasas SZE sendiri yang juga penyanyi Shiha Zikir serta digubah juga oleh Shiha bersama Zimi Sofazr.

Menurut Akid atau nama kelahirannya Muhammad Akid Muizzudin Abdul Aliy, 22, lagu cukup bermakna kepada dirinya, lebih-lebih lagi sebagai pendatang baharu dalam industri muzik tempatan.

“Saya minat menyanyi sejak kecil dan saya sentiasa pegang cita-cita mahu jadi penyanyi. Syukur Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada single pertama untuk memperkenalkan diri saya kepada orang ramai.

“Lagu Perit ini sangat istimewa, saya dapat merasai pengalaman pertama membuat rakaman lagu di studio dengan bimbingan Kak Shiha dan pihak pengurusan SZE.

“Tidak dinafikan proses rakamannya agak mencabar kerana saya perlu buat empat kali rakaman di studio disebabkan perlu belajar banyak perkara.

“Biasalah, sebagai penyanyi baharu, itulah yang perlu saya lakukan. Lagipun, saya yakin Kak Shiha hanya mahu memberikan hasil kerja yang terbaik kepada pendengar di luar sana. Apapun, saya anggap lagu ini sebagai karya masterpiece daripada Kak Shiha dan Abang Zimi,” katanya.

Dari segi penceritaan dalam lagu berkenaan, ia mengisahkan tentang pasangan kekasih yang bahagia pada awalnya, namun keindahan dalam hubungan itu tidak bertahan lama seperti yang diharapkan.

“Kisah dalam lagu ini diinspirasikan daripada kejadian sebenar. Pasangan kekasih itu bahagia saja pada mulanya.

“Namun tiba-tiba saja teman wanita berpaling tadah dengan pergi menjalin hubungan dengan orang ketiga. Walaupun sudah jadi begitu, teman lelakinya yakin bahawa sebenarnya teman wanitanya tidak akan tergamak berlaku curang.

“Setelah beberapa kejadian, lelaki itu membuat kesimpulan bahawa teman wanitanya sudah terkena ‘guna-guna’ atau sihir pemisah yang dihantar oleh pihak tak bertanggungjawab. Pada akhir video muzik lagu ini, ada mesej keagamaan yang disampaikan kepada semua untuk diamati bersama,” jelas Akid.

Akid juga menambah, dia sangat menghargai kebaikan Shiha yang memberi peluang kepadanya untuk memulakan langkah sebagai seorang penyanyi.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kak Shiha kerana mempercayai bakat saya. Saya dipilih masuk ke dalam syarikat pengurusan SZE selepas menyertai pertandingan pencarian bakat anjuran mereka iaitu SZ Talent Discover pada Julai 2023.

“Memang bukan mudah untuk pendatang baharu seperti saya mendapatkan pihak pengurusan secepat ini, Insya-Allah saya tak akan sia-siakan rezeki dan peluang ini,” katanya lagi.

Berbalik kepada penghasilan lagu Perit, Shiha pula memberitahu dia tidak kisah meluangkan masa demi memberi tunjuk ajar kepada artis di bawah nanungan syarikatnya.

“Saya siapkan lagu ini dalam tempoh 4 jam bersama Zimi kemudian proses rakaman di studio dilakukan selama beberapa hari.

“Bukan apa, saya mahu melatih Akid untuk jadi komited dan bersungguh-sungguh dalam urusan kerja. Sebab itu saya tak kisah meluangkan masa yang agak lama di studio untuk memberi tunjuk ajar kepadanya, asalkan dia cepat belajar dan dapat memperbaiki diri.

“Untuk peringkat permulaan ini, saya faham banyak perkara yang perlu Akid pelajari. Insya-Allah untuk masa hadapan, dia boleh lakukan dengan lebih baik.

“Saya juga sudah ingatkan kepadanya bahawa proses rakaman di studio melibatkan banyak pihak, oleh itu kita perlu cekap dan lakukan yang terbaik supaya tidak mensia-siakan masa orang lain,” ujarnya.

Single Perit boleh didengari di pelbagai platform penstriman digital. Video muzik rasminya di YouTube juga telah mencecah lebih 100,000 tontonan setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Jul 2023

Nurin Afiqah Jawab Isu Telan 6 Biji Suplemen

Nurin Afiqah jawab isu telan enam biji suplemen.

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Resorts World Genting Returns With Especial Attractions; The VOID, Big Top and IMAGINATRIX

Resorts World Genting is taking entertainment into another whole level; a magnitude no one had ever seen before!

Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 5 May 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

Drake Cecah Rekod Taylor Swift!

Drake mengungguli trofi Penyanyi Paling Top pada Billboard Music Awards (BBMA) 2019 di Grand Garden Arena di sini.

Featured Thu, 10 Jan 2019
Trending Mon, 13 Nov 2017

如果这些科幻电影少了特效,更本就是在看喜剧嘛!

特效,是指特殊的效果;通常是由电脑软件制作出一些无法在现实出现的场景和情节。在加上特效前,演员到底是怎么揣摩角色?

Featured Fri, 17 Mar 2023
error: Content is protected !!