Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida March 9, 2019 @ 10:59am

Bantu Golongan Sederhana, PKNS Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

Membina lebih banyak rumah mampu milik (RMM) di Selangor terus menjadi keutamaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekali gus memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak bin Hashim berkata, komitmen itu juga selari dengan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang ingin membina 1 juta RMM dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, PKNS yakin pembinaan RMM yangdijenamakan sebagai Rumah Selangorku Idaman PKNS ini dapat merealisasikan kehidupan lebih baik kepada rakyat negeri ini.

“ Di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley (SCV), hari ini PKNS telah melancarkan 864 unit termasuk empat unit orang kurang upaya (OKU) Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi yang dijual pada harga RM232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

“ Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, Selangorku Idaman Residensi dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) di mana setiap unit dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air,” katanya ditemui pada majlis pelancaran projek berkenaan.

Ujar Ishak, pangsapuri yang dibina dengan dua blok iaitu Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) itu dijangka siap pembinaannya pada Disember 2020, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC)diperolehi pada pertengahan tahun 2021.

“ Kelebihan projek ini adalah ia turut dilengkapi dengan ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat tempat letak kereta bertingkat.

“ Selain itu, Selangorku Idaman Residensi terletak di pembangunan bandar pintar yang berdekatan dengan lebuh raya utama iaitu, Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX serta hanya mengambil masa 15 minit ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

“Malah, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain yang pastinya menjadi faktor utama diberi perhatian oleh bakal pembeli sebelum membuat keputusan membeli sesebuah kediaman dan hartanah,” katanya.

Tambahnya, ia terletak berhampiran Cyberjaya dan Putrajaya, SCV yang merupakan pusat pertumbuhan baharu ke-11 dibangunkan PKNS dilihat mampu menjadi kawasan tarikan bagi peluang pelaburan dan perniagaan setaraf bandar di sekitarnya.

Justeru, beliau menggesa penduduk di Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki RMM PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS)

Pendaftaran katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian kerana LPHS mengawal sepenuhnya penawaran RMM PKNS.

“PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property, selain hubungi wakil jualan di talian 019-2139991, 018-2051713, 014-3361891, 017-3634821, 013-5224122, 019-6994004 dan pejabat Bangi 03-89262000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 29 Jul 2024

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Betul ada mak bapa yang lebih selesa anak mereka dihantar ke sekolah harian sebab takut dengan isu buli ni😎✌️

Events Thu, 31 Jul 2025

KJ ‘The Panther’ Tewaskan Saiful Merican Dalam Bekpes Hot Clash Of Champions

ST Rosyam Mall bertukar menjadi gelanggang penuh aksi apabila Hot FM menganjurkan acara Bekpes Hot Clash Of Champions yang menyaksikan penyampai radio popular, KJ “The Panther”, menewaskan peninju profesional, Saiful “The Vempire” Merican dalam satu […]

LIFESTYLE Tue, 27 Nov 2018

Pencarian Safari GROM Kembali Lagi, Jom Ke Cherating Pada 7-9 Disember Ini

Acara tahun ini juga terbuka kepada dua kategori iaitu shortboard dan longboard dan peserta bakal menang hadiah wang tunai RM 3000 dan Modenas Pulsar NS 200. Nak menang? Jumpa anda di sana okay? 

Events Tue, 15 Oct 2019

IMAGINATRICKS; A Thrilling Spectacular Stunt Show Only at Resort’s World Genting

The adrenaline pumping variety show, awe-worthy when the show comes alive.

LIFESTYLE Wed, 17 Jul 2019

4 Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

Untuk pengetahuan anda, ia meupakan satu minuman tebaik daripada pengambila air yang berkafein dan bergas dan manis

Events Fri, 10 Oct 2025

ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”

Satu ucapan penuh emosi aktivis berkenaan menegaskan, tindakan dan perjuangan kemanusiaan yang dijalankan bukan untuk meraih perhatian.

Events Fri, 24 Aug 2018

#daiTV3 : Adakah Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus Pada Malam Ini?

Adakah momentum pada minggu lepas masih sama pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan #daiTV3 Pendakwah Nusantara

error: Content is protected !!