Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 20, 2017 @ 2:58pm

Bapa Pelajar DiTampar Tak Muncul Di Siang Media

Bapa kepada pelajar yang terbabit dalam kes pendakwaan Cikgu Azizan sepatutnya membuat sidang media semalam bagi memberi penjelasan.

Walaubagaimanapun, pengamal media yang menunggu di lokasi yang dijanjikan hampa apabila kelibat lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu tidak kunjung tiba.

Sidang media sepatutnya diadakan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan antara jam 9.30 hingga 10 pagi, semalam.


Berdasarkan maklumat tersebut, lebih daripada 20 ahli media berkumpul di lokasi yang yang dimaklumkan oleh lelaki itu sejak jam 9 pagi lagi. Namun selepas hampir 4 jam menunggu, mereka diberitahu oleh lelaki berkenaan bahawa dia sudah mengubah fikiran kerana keluarganya masih lagi tertekan dengan keadaan semasa.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Seremban semalam membebaskan Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Mohd Zaki Abd Rahman selepas menerima makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhamad bahawa pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terbabit.

Menurut pertuduhan tersebut, Azizan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecedaraan pada pipi kiri seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di hadapan tapak perhimpunan sekolah terbabit pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jan 2025

“Tak Payah Cari Publisiti Murahan Guna Anak Orang, Busuk!” – Rita Rudaini

ibu tunggal anak dua itu menegaskan dia tidak akan lupa perbuatan individu tersebut terhadapnya.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025
Trending Fri, 5 Mar 2021
Featured Fri, 13 Feb 2026

Gelar Bapa Tiri Puteri Balqis ‘Kurang Ajar’, Daler Yusuf Minta Maaf – “Saya DM Dia Tapi Tak Respons”

tujuan teguran itu dibuat hanyalah untuk mengingatkan golongan lelaki khususnya menjaga tutur kata terutamanya terhadap wanita.

Sponsored Thu, 27 Mar 2025

Haikal ‘Terkandas’ Dalam Kenangan! Iklan Raya IJM Land Buat Ramai Sebak!

Setiap kali musim perayaan, kita semua tak sabar nak balik kampung. Tapi apa jadi kalau perjalanan balik kampung kali ini berubah jadi satu perjalanan penuh kenangan? IJM Land baru saja melancarkan iklan pendek Raya mereka, […]

error: Content is protected !!