Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2025 @ 3:04pm

Fareez Fauzi, Harris Aliff Buka Gelanggang Pertama… All Star Championship 2025 Janjikan Kejutan Untuk Pusingan Seterusnya

All Star Championship 2025 membuka tirai dengan penuh meriah apabila pusingan pertama yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan 12 perlawanan tinju penuh drama, kejutan serta sorakan padu daripada peminat.

Kejohanan sulung anjuran All Star Championship ini bukan sekadar mengetengahkan pertarungan sengit di gelanggang, malah mengangkat peranan sukan sebagai jambatan kepada pelancongan dan kandungan digital tempatan.

Daripada 24 peserta yang bertanding, dua perlawanan terpaksa dibatalkan berikutan kecederaan, manakala seorang peserta hadir lewat. Namun begitu, aksi di gelanggang tetap mencuri perhatian dengan beberapa keputusan mengejutkan.

Antara sorotan termasuk kemenangan mengejut pelakon popular Fareez Fauzi yang dianggap underdog selepas menumbangkan lawannya, Sonic. Pertarungan lain turut menyaksikan Harris Aliff tewas kepada Izat dalam perlawanan sengit, manakala pempengaruh media sosial Amir Harris hanya mengambil masa seminit untuk menewaskan Syahmi, sekali gus mencatat antara kemenangan terpantas dalam kejohanan.

Selain aksi yang memukau, pihak penganjur turut mengumumkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak RM270,000 bakal direbut sepanjang kejohanan ini, menjadikan All Star Championship 2025 antara platform tinju tempatan paling berprestij dan bernilai tinggi.

Menurut Penganjur All Star Championship, Datuk Abd Rahman Soltan, kejohanan ini digerakkan dengan dua matlamat utama: mengangkat sukan tinju ke tahap profesional yang lebih tinggi dan pada masa sama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan.

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pusingan pertama semalam. Kehadiran penonton memang luar biasa, membuktikan minat masyarakat terhadap sukan tinju semakin meningkat. Dari segi penganjuran, semuanya berjalan lancar.

“Ada peserta underdog yang membuktikan kemampuan mereka, manakala peserta pilihan pula tewas kerana mungkin strategi atau latihan yang kurang. Ini menunjukkan All Star Championship benar-benar kompetitif.

“Secara tidak langsung, All Star Championship mempromosikan pelancongan domestik apabila mereka hadir ke Malaysia, seterusnya menghasilkan kandungan digital yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar pusingan seterusnya menampilkan aksi lebih sengit dengan tahap disiplin peserta yang lebih tinggi, di samping melahirkan jaguh tinju baharu yang boleh mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Pusingan kedua All Star Championship 2025 akan berlangsung pada 4 Oktober, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 18 Oktober 2025. Aksi kemuncak ini dijangka menjadi acara terbesar dengan lebih banyak kejutan dan pertarungan mendebarkan menanti peminat.

Untuk perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi All Star Championship 2025 atau menghubungi pihak penganjur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Hiburan Fri, 23 May 2025
Hiburan Thu, 23 Oct 2025
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

KATY PERRY AND THE WEEKND JUST WENT ON A DINNER DATE!

It seems like now this motherf**king Staryboy has moved on to a more mature lady.

Trending Fri, 17 Aug 2018

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

error: Content is protected !!