Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 17, 2018 @ 6:10pm

‘Sekurang-Kurangnya Bagi Saya Peluang Bercakap’, Calon Temuduga Luah Rasa!

Hari temuduga mungkin menjadi hari yang paling gembira untuk kamu. Perasaan berdebar pasti menyapa. Bukan apa, keputusan sama ada kamu diterima bekerja di situ atau sebaliknya mungkin membuatkan kamu tak tidur malam dibuatnya.

Oh ya, keyakinan diri kamu juga mungkin mencapai paras lebih daripada 100%. Tetapi apa akan jadi sekiranya situasi begini berlaku pada diri kamu? 

Menerusi perkongsian lelaki ini, dia cukup teruja untuk hadir ke sebuah temuduga di sebuah organisasi terkenal. Namun apa yang terjadi adalah di sebalik jangkaannya. Siapa yang tak terkejut kan jika hal ini menimpa kamu?

“ Saya dipanggil menghadirkan diri untuk temuduga jawatan IT Developer di sebuah syarikat yang kononya ‘gah’ dan terkenal.

“ Namun apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah sikap pengurus dan pegawai sumber kemanusiaan di situ yang membuatkan saya kecewa. Mereka mempersendakan kelayakan yang dikatakan tidak mencapai piawaian.

“ Itu bukan isunya. Apa yang saya kesalkan, mereka langsung tidak beri saya peluang memperkenalkan diri dan bercerita mengenai pengalaman bekerja. Sekurang-kurangnya berilah saya peluang bercakap, sikit pun tak apa,” katanya kepada xtra.com.

Tambah pemilik akaun Yasher Shafiai, situasi ini sepatutnya tidak seharusnya berlaku.

“ Saya datang jauh dari rumah untuk mencuba nasib, begini pula cara mereka melayan saya.

“ Sepatutnya, sebagai sebuah organisasi yang gah, mereka seharusnya memiliki etika di mana hormat menghormati wajib dipraktikkan,” akhirinya.  

Menerusi ruangan komen lelaki ini juga, rata-rata netizen menyatakan pendapat yang sama iaitu calon temuduga tidak seharusnya dilayan sebegitu. 

Tak apalah, mungkin ada rezeki kamu di tempat lain? Kita cuba fikir secara positif okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Jul 2022
Filem Thu, 8 Dec 2022

Duan Nago Bogho Bukan Sekadar Filem Aksi, Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong

Tidak dapat dinafikan filem yang bercorak aksi sememang-memangnya merupakan genre yang cukup digemari oleh penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem yang sebegini telah membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah […]

familuv Wed, 28 Dec 2022

Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pembantu… Awal Ashaari Belajar Sabar, Rasa Lebih Dekat Dengan Anak

Pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang anak perempuannya tanpa pembantu ketika sedang bercuti di London. Menerusi hantaran di Instagram, Awal menceritakan kehidupan tanpa pembantu telah mengajarnya erti kesabaran dan turut membuatkan dirinya lebih […]

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Thu, 10 Dec 2020
Trending Thu, 26 Dec 2019

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Artis pun terkena juga dengan scammer ya

error: Content is protected !!